Pages

Tuesday, September 21, 2010

30 bom tangan tentera Thai dicuri


BANGKOK 20 Sept. - Kira-kira 30 butir bom tangan roket didapati dilarikan dari sebuah pangkalan tentera di Thailand, dalam insiden yang mencetuskan kebimbangan keganasan akan kembali melanda negara ini.
Ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda hari ini berkata, satu siasatan forensik sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melarikan senjata berkenaan dari pangkalan di wilayah Lopburi, tengah Thailand pada bulan ini.
Beberapa letupan bom tangan menggegarkan Bangkok dalam tempoh beberapa minggu lalu, ketika ibu negara Thai ini masih diletakkan di bawah perintah darurat berikutan protes besar-besaran aktivis Baju Merah pada April dan Mei lalu.
Protes itu berkesudahan dengan 91 orang maut dalam pertempuran antara askar dengan penunjuk perasaan Baju Merah, yang bertindak menggempur kumpulan itu bagi menamatkan tunjuk perasaan.
Pegawai berkata, belum dapat dipastikan sama ada kecurian bom tangan tersebut ada kaitan dengan kekacauan baru-baru ini.
Aktivis Baju Merah menafikan mereka terlibat dengan letupan-letupan bom tangan itu.
Mereka semalam mengadakan perhimpunan secara aman bagi memperingati hari ulang tahun penggulingan Thaksin Shinawatra sebagai Perdana Menteri pada September 2006 serta anggota mereka yang terkorban dalam protes pada April dan Mei lepas.
Polis berkata, kira-kira 6,000 aktivis Baju Merah berhimpun di pusat perdagangan Bangkok lewat semalam, dengan dipantau rapi oleh pasukan keselamatan.
Sejumlah 3,000 lagi aktivis turut berkumpul di bandar Chiang Mai, iaitu bekas kubu Thaksin di utara negara ini. - AFP

No comments:

Post a Comment