ORKNEY - Sebuah turbin laut yang diiktiraf terbesar di dunia sudah siap dibina selepas kerja-kerja untuk menghasilkannya bermula lebih 10 tahun lalu. Mesin atau enjin yang menggunakan arus air laut pasang dan surut untuk memutar roda bagi menghasilkan tenaga ini beratnya 130 tan, 22.6 meter tinggi dan mempunyai dua set tiga kepingan bilah berputar (rotor) yang mempunyai diameter 18.3 meter. Turbin AK1000 mampu menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan 1,000 rumah apabila siap dipasang di Pusat Tenaga Marin Eropah, Orkney di utara Scotland. Ketua Eksekutif :Atlantis Resources:, Tim Cornelius menjelaskan bahawa jentera yang menghasilkan tenaga hidroelektrik itu akan dipasang di dalam laut tetapi ia tidak membahayakan hidupan laut. "Turbin AK1000 berputar antara enam dan lapan pusingan seminit, maka putarannya adalah amat perlahan dan tidak memberi sebarang kesan negatif kepada persekitaran," katanya. Turbin laut terbesar di dunia itu dibawa dari Pelabuhan Invergordon, Scotland ke Orkney pada 12 Ogos lalu. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment