Pages

Sunday, August 15, 2010

Membongkar rahsia piramid


LEEDS - Sebuah robot akan memulakan misi meneroka lebih jauh ke dalam Piramid Giza dalam cubaan untuk membongkar misteri piramid tertua dan terbesar yang juga satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. 

Projek Djedi yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu dijangka akan berjaya memasuki ruang paling dalam piramid berusia lebih 4,500 tahun itu yang gagal ditembusi dua robot sebelum ini. 

Robot terbaru ini dicipta hasil kerjasama bersepadu pakar dari Universiti Leeds, Britain; syarikat penerbangan Dessault dari Perancis, dan syarikat robotik Scoutek di Britain. 

Projek Djedi menampilkan robot canggih yang dilengkapi kamera serat optik dan boleh membolosi lubang berdiameter 1.75 sentimeter.: 

Rodanya pula diperbuat daripada nilon dan serat karbon yang tidak merosakkan permukaan batu-bata purba di dalam piramid yang diteroka. 

Pengurus misi, Shaun Whitehead berkata, teknologi robotik paling canggih digunakan untuk menghasilkan robot terbaik yang boleh mengatasi sebarang rintangan dalam misi. 

Robot ini akan memasuki Makam Ratu yang mempunyai terowong yang pergi lebih jauh ke dalam piramid berkenaan; berbanding Makam Raja yang mempunyai terowong menghala keluar.

1 comment:

  1. Its great...Hw long is thie project is being carried??

    ReplyDelete