Pages
▼
Sunday, August 22, 2010
Patung jadi pilihan filem
CALIFORNIA - Walaupun perkembangan teknologi memberikan gambaran seolah-olah tidak ada apa-apa yang mustahil dalam penghasilan filem di Hollywood, pembikin filem nampaknya masih kembali kepada teknologi lama untuk menghasilkan filem.
Syarikat Inflatable Crowd yang dimiliki Joe Biggins beroperasi di Gardena, California dan mempunyai stok 30,000 patung untuk disewakan kepada studio filem yang menggunakan patung-patung itu sebagai pelakon tambahan.
Setiap satu patung ini mempunyai raut wajah dan gaya yang berbeza serta sekilas pandang, nampak seperti manusia sebenar.
Patung-patung ini pertama kali muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem :Seabiscuit: (2003) sebelum tampil dalam hampir 90 filem lain dan filem terbaru yang menggunakan khidmat 500 patung ini adalah :Salt: (2010).
Biggins berkata, penerbit filem lebih suka menggunakan patung sebagai pelakon tambahan kerana kosnya amat rendah berbanding mengambil pelakon tambahan yang perlu dibayar upah sekitar AS$135 (RM424) sehari.
No comments:
Post a Comment