Pages

Thursday, July 22, 2010

Pencipta kotak hitam meninggal


DAVID Warren, bersama prototaip kotak hitam data penerbangan yang diciptanya pada 1956. Warren meninggal dunia Isnin lalu. - AGENSI


SYDNEY 21 Julai - Saintis Australia, David Warren yang mencipta 'kotak hitam' perakam data penerbangan, meninggal dunia pada usia 85 tahun, Isnin lalu.
Warren, tampil dengan idea ciptaan perakam suara kokpit selepas melakukan siasatan ke atas sebuah pesawat jet komersial pertama yang terhempas iaitu The Comet pada 1953.
Beliau yakin perakam suara di kokpit dapat membantu penyiasat dalam penyiasatan nahas pesawat.
Warren menghasilkan sebuah prototaip kotak hitam pada 1956 tetapi ia mengambil beberapa tahun sebelum pihak berkuasa memahami betapa berharganya alat tersebut dan mula memasangnya di pesawat-pesawat komersial di seluruh dunia.
Warren dilahirkan pada 1925 di sebuah kawasan terpencil di timur laut Australia. Pada 1934, bapanya terbunuh dalam nahas pesawat di Australia.
Beliau menjadi penyelidik utama di Makmal Penyelidikan Aeronautikal, Pertubuhan Keselamatan Sains dan Teknologi di Melbourne dari 1952 hingga 1983.
"Perakam data penerbangan Dr. Warren telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada keselamatan penerbangan dunia," kata Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan.
Pada 2002, Warren dianugerahkan Order of Australia, satu darjah penghormatan tertinggi kepada orang awam hasil ciptaannya itu.
Warren meninggalkan isterinya, Ruth, empat anak dan tujuh orang cucu. - AP

No comments:

Post a Comment