Pages

Thursday, July 22, 2010

Pembantu rumah jadi jutawan sekelip mata

GAMBAR menunjukkan apartmen yang dipercayai menjadi tempat tinggal Christine bersama majikannya di Singapura.

SINGAPURA 21 Julai - Seorang pembantu rumah Filipina mewarisi S$6 juta (RM14.4 juta) daripada mendiang majikannya selepas lebih 20 tahun berkhidmat, lapor akhbar Straits Times hari ini.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Christine, 47, itu berkata, dia merupakan pembantu rumah paling bertuah sama ada mendapat aset sebanyak itu atau tidak dan meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang nyawanya terancam jika pulang ke negara asalnya.
'Rezeki' itu yang termasuk wang tunai dan apartmen mewah dekat kawasan membeli-belah Orchard Road, adalah wasiat daripada bekas majikannya, Quek Kai Miew yang merupakan doktor dan dermawan yang meninggal dunia pada tahun lalu ketika dia berusia 66 tahun.
Christine yang ketika ditemu ramah hanya memakai blaus dan seluar dengan rambut dipotong pendek, kini memohon status penduduk tetap di Singapura dan menyatakan bahawa kekayaan yang diwarisi tidak mengubah gaya hidupnya. - AFP

No comments:

Post a Comment