Pages

Tuesday, June 22, 2010

 PAGAR RUMAH

Kaedah berikut adalah salah satu daripada banyak kaedah dalam bidang pengubatan Islam yang dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.


Usaha untuk memagar rumah adalah ikhtiar manusia yang memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. dengan niat memagar rumah daripada gangguan jin dan manusia dengan pelbagai niat. Usaha ini hendaklah dimulakan dari bahagian kanan rumah.
Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca Doa Nabi Sulaiman :-


Ini kota Nabi Sulaiman , didalam kota diluar lautan,
Barang siapa masuk di dalam kota,
Umpama ia berenang dalam lautan.


BAHAN:-
1. Kayu teras asam jawa.
2. Garam kasar
3. Air (jika perlu)
KAEDAH :-
1. Baca doa di atas

2. Tiup menghala penjuru yang hendak dituju.

3. Baca bimillah dan Al-Fathihah

4. Surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9
(penggunaan kayu teras asam jawa paling popular dalam ikhtiar ini/boleh didapati di As-Syifa' Melaka setelah menerima pemberian salah seorang pesakit di Pahang)

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini.

Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi. Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi bahawa ini adalah salah satu cara paling kerap diamalkan dengan tidak menolak cara serta kaedah lain selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

No comments:

Post a Comment