Pages

Sunday, June 27, 2010

Pakaian menjolok mata

KUALA LUMPUR: Beberapa foto mirip bekas penyanyi kumpulan Res2, Baby Arin yang ‘bersosial’ dengan berpakaian menjolok mata, termasuk foto mendukung anak anjing dan bercium dengan seorang lelaki, dikesan tersebar di laman web termasuk ruangan forum dan gosip, sejak kebelakangan ini.
TERDEDAH... wanita dikatakan Baby Arin berpakaian seksi.
TERDEDAH... wanita dikatakan Baby Arin berpakaian seksi.
Dengan menggunakan tajuk ‘Baby Kumpulan Res2 bersosial’, ruangan untuk tajuk berkenaan mendapat sambutan hangat dengan pelbagai komen yang kebanyakannya menghentam dan menghina bekas penyanyi yang pernah menjadi pelakon untuk teater Puteri Gunung Ledang The Musical itu.

Dalam satu ruangan berasingan, sebuah laman forum turut memuatkan foto Baby Arin dikatakan mencium seorang lelaki.

Baby Arin pernah melalui peristiwa hitam apabila dijatuhi hukuman denda kerana mengambil dadah methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu pada April, 2005.

Baby Arin atau nama sebenarnya Lily Zarina Khalil, 32, ketika berbalas mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan wartawan Metro Ahad enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi terbaru membabitkan dirinya, sebaliknya memilih untuk berdiam diri.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu jadi kurang ajar. Saya pilih untuk berdiam diri. Saya harap awak faham,” katanya sebelum menamatkan kenyataannya melalui SMS itu.
Sebelum ini, kakaknya yang juga bekas penyanyi kumpulan Res2, Erin atau nama sebenarnya Edrina Khalil, 35, juga pernah mencetuskan kontroversi apabila fotonya berpakaian penari gelek tersebar di Internet.

Namun, Erin memilih untuk membuat kenyataan dengan mengakui dia memang bekerja sebagai penari gelek. Dia mengakui tarian itu keterlaluan tetapi dia suka dan itu sumber rezekinya.
Erin bagaimanapun tersentak apabila mengetahui dicemuh masyarakat, namun dia pasrah kerana hasil pendapatan diperoleh hasil keringat sendiri, bukan menagih simpati orang lain, jauh sekali ditaja oleh seseorang.

No comments:

Post a Comment