Pages

Sunday, June 27, 2010

Keutamaan orang mukmin di akhir zaman



Keutamaan Orang Mukmin Akhir Zaman.
Diriwayatkan oleh Umar bin Khatthab r.a., beliau berkata : saya bersama Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk. Rasul s.a.w. bertanya kepada para sahabat, “ Katakan kepadaku, siapakah makhluk Allah yang paling besar imannya ? ” Para sahabat menjawab; ‘ Para malaikat, wahai Rasul’. Nabi s.a.w bersabda, “ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa menghalangi itu, kerana Allah s.w.t telah memberikan mereka tempat ”. Sahabat menjawab, “ Para Nabi yang diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t, wahai Rasul ”. Nabi s.a.w. bersabda, “ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa menghalangi itu, kerana Allah s.w.t telah memberikan mereka tempat ”. Sahabat menjawab lagi, “ Para syuhada yang ikut bersyahid bersama para Nabi, wahai Rasul”. Nabi s.a.w. bersabda, “ Tentu mereka demikian. Dan mereka berhak seperti itu. Tidak ada yang bisa menghalangi itu, kerana Allah s.w.t telah memberikan mereka tempat ”.
“ Lalu siapa, wahai Rasul ? ”, tanya para sahabat.
Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “ Kaum yang hidup sesudahku. Mereka beriman kepadaku, dan mereka tidak pernah melihatku, mereka membenarkanku, dan mereka tidak pernah bertemu dengan aku. Mereka menemukan kertas yang menggantung, lalu mereka mengamalkan apa yang ada pada kertas itu. Maka, mereka-mereka itulah yang orang-orang yang paling utama di antara orang-orang yang beriman ”. [ Musnad Abî Ya'lâ, hadits nombor 160 ].

No comments:

Post a Comment