Pages

Tuesday, June 8, 2010

Israeil Akan Mencipta Gempa Bumi Tiruan Untuk Meranapkan Masjid Al-Aqsa



AMMAN - Ketua Umum Persatuan  Ahli Geologi Arab (AGA), Bahjat Al-Adwan Selasa, di ibu kota Jordan, Amman, mengeluarkan peringatan mengenai gempa bumi tiruan buatan Israeil yang dapat menenggelamkan Masjid Suci Al-Aqsa.
Al-Adwan, yang juga adalah Ketua Umum atau Presiden Persatu Geologi Jordan, mengatakan dalam satu wawancara yang disiarkan Selasa lepas bahawa satu-satunya cara ilmiah untuk menyelamatkan Al-Aqsa ialah dengan menyuntik kembali dan mengisi dengan simen dicelah-celah ruang  yang dikorek  oleh Israeil di bawah Masjid Suci tersebut.
Ia mengeluarkan peringatan mengenai usaha berterusan  penggalian oleh pihak Israeil di bawah Masjid Al-Aqsa, yang ia katakan dapat mengakibatkan melemahnya struktur masjid.
“Penggalian pada tahap masa kini akan membawa kepada kehancuran Masjid tersebut jika berlaku gempa ” katanya.
“Selain dari itu, ruang kosong yang disebabkan oleh usaha Israeil dalam tempoh  mencari kuil atau gereja yang disangka berada di bawah Masjid Al-Aqsa mengakibatkan lemahnya struktur dibandingkan dengan bangunan lain,” katanya.
Melalui rujukan maklumat tertentu  bahawai Iraeil sedang merancang untuk membuat gempa bumi tiruan  bertujuan melemakan tapak Masjid Al-Aqsa, Al-Adwan menunjukkan perbezaan antara gempa bumi semulaji dan gempa tiruan. Ia mengatakan pengamatan seismic di Pejabat Sumber Daya Alam Jordan (NRA) sepenuhnya mampu membezakan gempa bumi sebenar dengan gempa bumi buatan manusia.

No comments:

Post a Comment