Pages

Wednesday, May 26, 2010

Timeline



Timeline Fertile Crescent

2166 sm Nabi Ibrahim lahir di Ur, Mesopotamia selatan (Iraq); Delta Nil di bawah
kuasa raja² Hyksos, suku Amaliq keturunan Semit

2152 sm Ibrahim mendapat kepercayaan agama Monoteisme

2150 sm Ibrahim menghancurkan berhala di Ur. Beliau di adili Raja Naram Sin (Namrud)
dan dihukum dengan dilempar ke dalam api. Ibrahim tidak terbakar dan Luth,
anak saudara Ibrahim beriman slps kejadian ini

2117 sm Ibrahim mengahwini Sarah

2106 sm Ibrahim membakar kuil berhala di Ur

2105 sm Ibrahim dan keluarga (Sarah, Luth, Aazar, Nahor II dan Milka) meninggalkan
Ur dan berdakwah di Haran, Turki

2091 sm Ibrahim meninggalkan Haran dan menuju Palestine/Kanaan dengan melewati
Syria, Trans-Jordan

2089 sm Bencana kebuluran di Fertile Crescent; Ibrahim, sarah dan Luth tiba di Mesir

2084 sm Raja Mesir menahan Sarah. Sarah dikembalikan kpd Ibrahim kerana peringatan
Allah. Raja memberi hadiah hamba wanita bernama Siti Hajar dan beberapa
haiwan ternak. Raja menasihati Ibrahim supaya meninggalkan Mesir

2080 sm Hajar melahirkan Ismail

2067 sm Ibrahim mengorbankan Ismail, diganti dengan kibas; Ibrahim dan Ismail
dikhitan; Penghancuran kota Sodom dan Gomorah, kawasan dakwah Nabi Luth

2066 sm Sarah melahirkan Ishaq

2056 sm Ibrahim dan Ismail membangunkan Kaabah di lembah Makkah

2029 sm Sarah meninggal dunia dan dimakamkan di Hebron. Palestine

2078 sm Serangan bangsa Elam dari lereng dataran tinggi Iran (Pergunungan Zagros) ke atas Fertile Crescent (Mesopotamia-Syria-Palestine); Luth menjadi tawanan
kerana bencana kebuluran

2079 sm Ibrahim memimpin pasukan tentera melawan pasukan gabungan Elam bagi
membebaskan Luth. Ibrahim menang, Luth dibebaskan, Elam lari ke Timur.
Ibrahim disegani di Fertile Crescent

2025 sm Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 7 anak

2006 sm Yaakub dan Esau lahir di Palestine (anak Ishaq)

2000 sm Orang Siberia, salah satu suku Scythia migrasi ke Benua Amerika menjadi suku
Indian. Scythia juga bermigrasi ke Georgia memperkenalkan ilmu menjinak kuda

1991 sm Ibrahim meninggal dunia pada umur 175, dimakamkan di Hebron, Palestine

1929 sm Nabi Yaakub melarikan diri ke haran. Peristiwa ini melahirkan perkataan
Israel bermaksud “Isra” = perjalanan malam dan “El” = Allah beerti Allah
memperjalankan di malam hari. Salah seorang anak Yaakub adalah Yahuda. Dari
sini bermulalah sejarah Israel dan Yahudi

1915 sm Nabi Yusuf lahir; Delta Nil masih dikuasai Hyksos

1900 sm Orang mesir menggunakan sistem pengairan bagi mengawal banjir di Sungai Nil; Penemuan roda berjeriji; kuda digunakan sebagai haiwan penarik kereta

1903 sm Nabi Yusuf dijual sebagai budak belian di Mesir. Mesir dipimpin Rayyan bin
Al Walid, suku Hyksos

1885 sm Nabi Yusuf menjadi menteri di Mesir

1868 sm Bencana kelaparan di Fertile Crescent selama 7 tahun. Bangsa Scythia mula
mengancam

1866 sm Saudara² Yusuf dan bapanya, Yaakub pindah ke Mesir

1865 sm Orang Hyksos dari Mesopotamia migrasi ke Delta Nil, Mesir (bhg utara). Suku
asli Mesir (Nubia) lebih byk mendiami bhg selatan.

1805 sm Nabi Yusuf meninggal dunia

1575 sm Hyksos di Mesir berpecah

1571 sm Hyksos dikalahkan Ahmoses dari Dinasti 18

1569 sm Bani Israel di Mesir dijadikan hamba

1500 sm Penunjuk waktu digunakan di Mesir

1436 sm Nabi Musa lahir di Mesir pada zaman Firaun Amenhotep II dari Dinasti 18

1401 sm Musa lari dari Mesir selepas membunuh bangsa Mesir. Tinggal di Madyan selama 10 tahun bersama Nabi Syuaib

1390 sm Nabi Musa pulang ke Mesir membawa tugas kenabian, mendatangi Amenhotep III

1389 sm Perang saraf dengan Firaun. Akhenaton, anak Amenhoteb III membela Nabi Musa

1372 sm Musa dan Bani Israel keluar dari Mesir. Amenhotep III ditenggelamkan laut

1371 sm Bani Israel memulakan kehidupan di padang Tieh. Sepuluh Perintah Tuhan
diturunkan

1370 sm Amenhotep IV memimpin Mesir dan menggantikan namanya menjadi Akhenaton, raja Mesir pertama mencetuskan agama Monoteisme

1358 sm Raja Mesir Tutankhamen meninggal dunia

1332 sm Orang Ibrani memasuki Palestine

1274 sm Hakim² mulai memimpin Israel

1250 sm Kain sutera diproduksi di China

1281 sm Nabi Musa meninggal dunia

1280 sm Yusha’ (Yoshua) bin Nun bin Ifra’im bin Yusuf bin Ishaq bin Ibrahim memimpin
Bani Israel dan dibantu Khalib bin Yofana (Kaleb bin Yefune)

1210 sm Kalib bin Yofana tinggal di Hebron

1209 sm Deborah menjadi hakim Israel

1200 sm Kebuluran hebat di Fertile Crescent; Firaun Merenptah raja Mesir Dinasti 19
mengirim biji²an.

1183 sm Kahancuran Troy selama perang Trojan

1180 sm Ezekiel / Hizqil bin Budsi menjadi nabi. Israel menyembah berhala. Ezekiel
meramalkan kehancuran bani Israel, penyatuan Israel oleh Daud dan datangnya
Yakjuj Makjuj

1162 sm Gideon menjadi hakim Israel; membuat berhala patung Efod dari emas yang
ditempatkan di Ofra. Orang Israle mula menyembah Efod. Selepas Gideon mati,
Israel menyembah Baal.

1150 sm Serangan wabak dan kebuluran di Jerusalem

1130 sm Kerajaan Assyria terbentuk dengan Teglathphalasar I menjadi raja. Bani
Israel berpecah-belah dan berperang. Assyria menawan orang Israel dan
dijadikan hamba. Orang Israel menjadi orang buangan di Assyria

1120 sm Tulang² bani Israel dihidupkan kembali oleh Allah dan disaksikan oleh Nabi
Ezekiel; meramalkan penyatuan kembali bani Israel, kedatangan Daud,
pembangunan kembali kuil Jerusalem dan kedatangan Yakjuj Makjuj

1105 sm Samuel lahir

1075 sm Samson menjadi hakim Israel

1050 sm Saul menjadi raja pertama Israel

1010 sm Daud (David) menjadi raja Israel

1000 sm Kota Peking dibangun

970 sm Nabi Sulaiman menjadi raja Israel

959 sm Temple Solomon selesai dibangun

930 sm Nabi Sulaiman meninggal dunia; kerajaan Israel berpecah dua iaitu Israel
(Efraim) dan Yehuda (Judea). Perang saudara terjadi dan disertai Assyria.
Ramai keturunan Israel dijual keluar Jerusalem

900 sm Suku Celt menyerang Britain

890 sm Shalmaneser III menjadi panglima perang Assyria dengan ekspedisi penaklukan
ke-16 menentang Media dan Scythia.

833 sm Ashur Nasirpal II menjadi raja Assyria

875 sm Kenabian Elijah di Israel

874 sm Ahab menjadi raja Israel

873 sm Shalmaneser III mengirim komandannya yang bernama Tartan memerangi Armenia

858 sm Shalmaneser III menjadi raja Assyria

848 sm Kenabian Elisha di Israel

835 sm Joash menjadi raja Judea

823 sm Shamshi Adad V, putera Shalmaneser III menjadi raja Assyria

809 sm Shammuramat (Shamiram) menjadi raja Assyria

800 sm Nabi Joel memberitakan serangan belalang dari utara; Sistem kasta bermula di
India; bani Israel berkembang ke seluruh Fertile Crescent hingga India;

793 sm Yunus (Jonah) menjadi nabi di Niveneh; mengingatkan serangan yakjuj Makjuj
ke atas Niveneh. Scythia menakluk Hitti

791 sm Adad Nirari III, putera Shammuramat menjadi raja Assyria

790 sm Eurasia kekurangan rumput akibat serangan belalang dan diikuti musim salji.
Puak² barbar di Eurasia bermigrasi besar²an ke Fertile Crescent, Eropah,
Sungai Indus di India sehingga Sungai Kuning di China. Bangsa Scythia
besar²an menembusi Kaukasus

781 sm Shalmaneser IV menjadi raja Assyria

772 sm Nabi Yunus memberitakan kehancuran Niveneh dan menasihati penduduk supaya bertaubat dan berpuasa. Nasihat Yunus ditaati. Bangsa Scythia berpatah balik
dan menuju China

771 sm Ashur Dan III menjadi raja Assyria; Dinasti Chou (Zhou) di China diserang
bangsa barbar dari Eurasia. Orang China menyebutnya sebagai bangsa Xiongnu
(Hsiungnu)

763 sm Hadad Nirari menjadi raja Assyria

760 sm Amos menjadi nabi di Israel

754 sm Hosea menjadi nabi

753 sm Ashur Nirari V menjadi raja Assyria

750 sm Bangsa Scythia mula memenuhi Carpathia, Sungai Don, Armenia dan Cholcis

745 sm Bahasa Aramia menjadi bahasa utama di Fertile Crescent; Teglathphalazar III
menjadi raja Assyria dan menakluk Babilon Lama

744 sm Bangsa Scythia menyerang Urartu

743 sm Teglathphalazar III menjajah Israel; juga Hitti di utara dengan bantuan
Scythia

742 sm Isaiah mengingatkan keturaunan Israel tentang Yakjuj Makjuj

740 sm Isaiah menjadi nabi

737 sm Micah (Mikha) menjadi nabi di Judea

735 sm Perang Syro – Efraim bergabung dengan Siria melawan Assyria yang bergabung
dengan Judea

734 sm Israel kalah dan 3 suku Israel iaitu Ruben, Gad dan setengah daripada
Manasye ditawan dan dibuang oleh Teglathphalazar III (gelombang 1 pembuangan
suku Israel)

726 sm Shalmaneser V menjadi raja Assyria

722 sm Efraim memberontak tetapi tewas di tangan Sargon II yang dibantu Scythia.
Selepas itu, Sargon The Great II menjadi raja Assyria

721 sm Seluruh baki Israel di Efraim dibuang oleh Sargon II ke utara (pembuangan
ke-2). Sargon II menggantikan penduduk Israel dengan orang Samariyun
(Cimmeria@salah satu suku Scythia). Terbina kota Scythopolis (Bethsean) di
Israel

717 sm Bangsa Hitti dihancurkan Scythia setelah diperintah Sargon II. Kemudian
bertindak menyerang Urartu

715 sm Hezekiah (Hizkia) menjadi raja Judea. Isaiah menasihatinya supaya bertaubat
dan berhenti melawan Assyria serta berhenti bergantung keselamatan kepada
bantuan Mesir

713 sm Kota Asdod di Palestine memberontak melawan Assyria dan tewas. Ekstremis
Judea terinspirasi dengan pemberontakan ini

709 sm Assyria menakluk Babilon

707 sm Urartu tewas kepada Assyria

705 sm Sargon II meninggal dunia dan digantikan anaknya, Sennacherib; ibu kota
Assyria kembali ke Niveneh

703 sm Orang Palestine bergabung dengan orang Merodach-Balada membentuk anti-Assyria

702 sm Hizkiah melanggar perintah dan bersekutu dengan Mesir

701 sm Sennacherib menghapuskan pemberontakan Judea. Jerusalem dikepung Assyria
yang dibantu Scythia. Mesir tidak mengirim bantuan. Judea dijajah Assyria

700 sm Scythia menyerbu Sungai Indus di India dan Yunani terus ke Eropah Timur;
Achaemenes mendirikan Dinasti Parsi Achaemenid di Anshan

695 sm Phyrgia di Eropah timur diserang Cimmeria

689 sm Sennacherib menumpaskan pemberontakan di Babilon

687 sm Manasseh menjadi raja Judea

685 sm Gyges mendirikan Dinasti Mermand di Lidia

681 sm Sennacherib terbunuh dan diganti anaknya Esarhaddon yang membangun kembali Babilon

676 sm Operasi ketenteraan Assyria ke Arab

675 sm Khshathrita/Phraortes menyatukan suku Media dan mengusir Assyria dari timur
laut Iran tetapi dikalahkan oleh Scythia. Phraortes meninggal dunia dan
digantikan puteranya Cyaxares I

673 sm Scythia menyerang Mesir menghancurkan kuil Aphrodite tetapi masih kalah;
terkena penyakit kelamin dan pulang

670 sm Esarhaddon merebut Memphis, ibu kota Mesir

669 sm Esarhaddon meninggal dunia dan diganti anaknya Ashurbanipal yang kemudian
menakluk Thebes di Mesir; menakluk Mesir dan membentuk Dinasti 26

653 sm Scythia menyerang Media

651 sm Cimmeria diusir dari Lydia oleh Ardys putera Gyges

650 sm Jeremia lahir; Cimmeria melalui Syria dan Palestine

649 sm Ashurbanipal mengirim Nebopalassar bagi menewaskan pemberontakan di Babilon

648 sm Balapan berkuda pertama kali dilumbakan di Sukan Olimpik ke 33

647 sm Cyaxares I menewaskan Scythia yang berpenyakit kelamin di utara

646 sm Ashurbanipal menyerang Elam di Parsi

642 sm Amon menjadi raja Judea

640 sm Josiah/Yosia menjadi raja Judea; Mecedonia didirikan oleh Perdiccas

630 sm Habakkah menjadi nabi di Judea

628 sm Jeremiah menjadi nabi; memberitakan “malapetaka dari utara”

627 sm Zephaniah menjadi nabi di Judea; Nahum menjadi nabi di Kapernaum;
memberitakan kehancuran Niveneh

626 sm Ashurbanipal meninggal dunia; Cyaxares I mengugut Scythia dan Scythia
menjadi tentera upahan Media;

625 sm Nebopalassar melantik diri sebagai raja Chaldea (Babilon Lama) dan memimpin
rakyat Chaldea di Babilon untuk memberontak; Media dan Scythia menyerang
Niveneh; Elam memberontak

616 sm Nebopalassar merebut Babilon dan bergabung dengan Cyaxares I merebut kota²
Assyria

612 sm Niveneh hancur diserang Babilon. Media dan Scythia; Wilayah Assyria dibahagi
2 – Mesopotamia untuk Babilon, Elam untuk Media, Scythia memperolehi harta
rampasan perang; Mesir masih jajahan Assyria yang mengawal Palestine dan
Syria

610 sm Scythia menyerang Harran (tempat pelarian raja Assyria terakhir – Ashur
Uballit II); Scythia dan Babilon menyerang Mesir dan raja Josiah terbunuh
ketika menentang raja Nekho dari Mesir

605 sm Nebukadnezar II, putera Nebopalassar menakluk Carchemish dan mengalahkan
Nekho; Mesir tewas

604 sm Nebopalassar meninggal dunia dan Nebukadnezar II menggantikannya; Kerajaan
Judea tewas kepada Babilon dan Yahudi dibuang ke Babilon termasuk Daniel
kecil

604 sm Nabi Ezra (Uzair) lahir di Babilon

600 sm Kuil Artemis dibina di Ephesush; Zarathustra menjadi agama baru di Parsi

598 sm Raja Judea, Joiakim memberontak lagi ke atas Babilon dan ditumpaskan; 10000
orang Yahudi Israel dibuang ke Babilon; Putera Joiakim, Joyakhin menjadi
raja selama 3 bulan, kemudian digantikan dengan Shidqiya (Zedekiah) sebagai
raja boneka di Jerusalem

586 sm Zedekiah dan nabi² palsu Yahudi memberontak; kata² “malapetaka dari utara”
Nabi Jeremiah tidak diendahkan dan Nabi Jeremiah dipenjarakan

587 sm Nebukadnezar II dan Scythia menewaskan kerajaan Judea dan Kota Daud hancur, piala² dan peralatan ibadat dibawa ke Babilon; raja Zedekiah dibunuh; Nabi
Jeremiah dibebaskan

582 sm Jeremiah pergi ke Mesir dan meninggal dunia

573 sm Nebukadnezar II menakluk Phunicia (Funik@Kanaan), Shur (Tyrus), Cyprus,
Kreta, Sicilia, Sardinia, Yunani, Andalus (Sepanyol) dan Mesir

564 sm Ezra meninggal dunia

563 sm Buddha Gautama lahir di India

562 sm Nebukadnezzar II meninggal dunia dan Babilon terjadi pemberontakan dalam
negeri

559 sm Cyrus (Koresy), orang Achaemenid menyatukan Elam dan menewaskan Chaldea

556 sm Pemberontak bernama Nabunahid merampas singgahsana Babilon

551 sm Confucious lahir

550 sm Cyrus mengalahkan Astyages, raja Media dan menyatukan Media dan Elam;
Empayar Parsi terdiri

546 sm Cyrus menakluk Lydia dan Yunani

539 sm Belsyazar, anak Nabunahid yang baru menaiki takhta Babilon berpesta; Nabi
Daniel dipanggil bagi menterjemah tulisan di dinding istana; Cyrus menakluk
Babilon dengan bantuan Yahudi dari dalam

536 sm Cyrus mengizinkan Bani Israel kembali ke Jerusalem buat pertama kalinya

530 sm Cyrus the Great terbunuh ketika melawan Scythia di timur Laut Kaspia; Anak
Cyrus, Cambyses menjadi raja Parsi dan menakluk Mesir dalam perang Pelusium

525 sm Mesir dan Palestine menjadi jajahan Parsi yang disebut Dinasti 27 oleh Mesir

522 sm Cambyses meninggal dunia dan terjadi perang sivil di Parsi; Darius I
Hystaspis menaiki takhta Parsi

520 sm Haggai menjadi nabi di Judea; Perpustakaan Umum dibuka di Athens

518 sm Darius mendirikan ibu kota baru Parsi, Persepolis

515 sm Kuil baru selesai dibina di Jerusalem; Darius I menguasai Thracia dan
Macedonia

512 sm Darius I bersama 600000 tenteranya menyerang Scythia di Romania moden hingga Russia

509 sm Rom menjadi republik

500 sm Darius I menjadikan bahasa Aramik sebagai bahasa rasmi Parsi; Joel menjadi
nabi di Judea; Obadiah menjadi nabi di Edom

499 sm Yunani merebut kota Sardis milik Parsi

493 sm Pemberontakan Yunani ditewaskan Darius I

491 sm Serangan belalang di Fertile Crescent; Parsi menjadi lemah

490 sm Pertempuran Yunani dan Parsi yang dimenangi Yunani

486 sm Darius I meninggal dunia dan dimakamkan di Persepolis; Putera Darius I,
Xerxes I memerintah Parsi

480 sm Xerxes I mengirim tentera menyerang Athens

469 sm Socrates lahir

465 sm Xerxes I dibunuh ketua pengawalnya; Artahsasta I memimpin Parsi

464 sm Ezra dihidupkan kembali dan dijadikan imam Yahudi di Babilon

458 sm Ezra kembali ke Jerusalem

457 sm Masa keemasan Athens

450 sm Reformasi Yahudi dipimpin Ezra dan Nahemiah; Torah dibukukan

449 sm Nabi Ezra pertama kali mulai pembacaan taurat secara umum; Ezra adalah
satu²nya bani Israel yang menghafal Taurat

448 sm Perthenon dibangunkan di atas Acropolis, Athens

445 sm Nehemiah membina dinding Jerusalem

438 sm Phidias membuat patung Zeus setinggi 60 kaki

433 sm Malachi menjadi nabi

430 sm Orang Roman bersetuju konsep kedudukan darurat ketenteraan daripada seorang dictator

425 sm Darius II menjadi raja Parsi

411 sm Bagoas menjadi gabenor di Jerusalem

405 sm Nehemiah meninggal dunia

404 sm Kekuasaan Parsi di Mesir berakhir dan digantikan Dinasti 28 hingga 30

399 sm Socrates dijatuhi hukuman mati di Athens

390 sm Bahasa Aramaik menggantikan bahasa Ibrani sebagai bahasa Yahudi

384 sm Aristoteles lahir

370 sm Plato menulis The Republic

360 sm Raja Atheas menyatukan seluruh Scythia dan menguasai sehingga perbatasan
Macedonia

358 sm Artaxerxes III Ochus menjadi raja Parsi

356 sm Alexander lahir

339 sm Raja Atheas terbunuh ketika melawan raja Philip II dari Macedonia

338 sm Philip II menakluk Yunani

336 sm Darius III Codomannus menjadi raja Parsi; raja Philip II meninggal dunia dan
Alexander menjadi raja Macedonia

335 sm Alexander memerangi pemberontak ke atas Macedonia; Alexander menewaskan
Parsi di Dardanella

333 sm Alexander menyerang Parsi dari Syria ke Palestine, mengalahkan Darius III;
Kuil Jerusalem dibaikpulih; Budaya Yunani meresap ke Jerusalem; Helenisme
berpengaruh di Palestine

332 sm Alexander menakluk Mesir jajahan Parsi hingga Afrika Utara; Tentera sukarela
yahudi mengikut Alexander

331 sm Alexander bergerak ke Parsi dan menghancurkan Persepolis; Babilon jatuh ke
tangan Macedonia; Alexander menyeberangi Tigris menuju Guagamela dan bertemu
pasukan Darius III yang dibantu Scythia

329 sm Alexander menuju Punjab di India

328 sm Alexander bergerak ke utara melewati celah Khyber di pergunungan Hindu Kush,
mengalahkan suku Xiongnu dan Turk (suku dari bangsa Scythia)

323 sm Alexander meninggal dunia kerana demam di Babilon ketika pulang ke
Macedonia; Jajahan Alexander dibahagi 3 – Cassander memimpin Yunani dan
Macedonia, Ptolemy memimpin Mesir, Judea, Palestine, Syria, Mesopotamia dan
India, Lysimachus memimpin Thracia

312 sm Seleucus Nicator mendirikan Dinasti Seleucid di Babilon

215 sm Tembok Besar China dibangun

200 sm Perjanjian Lama diterjemah ke bahasa Yunani yang dikenali sebagai
Septuagint; Berkembang teks² sastera Yahudi bersifat apokaliptik

169 sm Kuil Jerusalem dirampas Antiochus IV

165 sm Judas Maccabeus memulakan revolusi melawan Antiochus

140 sm Bangsa Saka mengalahkan Yunani di Bactria

139 sm Orang Yahudi dan para peramal dihalau dari Roma

138 sm Bangsa Parthia yang diperkuat Babilon menangkis serangan Saka dan mengusir
mereka ke Sungai Helmand; Saka memasuki lembah Indus dan menakluki India

140 sm Dinasti Han di China melawan suku Hsiung-nu (Xiongnu)

128 sm Perang seratus tahun Dinasti Han dengan Hsiung-nu

100 sm Julius Ceasar lahir

51 sm Cleopatra menguasai Mesir

46 sm Julius Ceasar menjadi dictator dan dibunuh

37 sm Herod the Great dijadikan raja Judea oleh Roman

30 sm Cleopatra dan Marc Anthony membunuh diri

20 sm Herod membangun kembali Kuil Jerusalem

5 sm Nabi Isa lahir

4 sm Herod meninggal dunia

(Sumber Utama : Tulisan Wisnu Sosongko)

P/s : Orang yang mengetahui sejarah dapat meramal sejarah..Tp ak xpcaya apa yg diceritakan buku teks sejarah!!

No comments:

Post a Comment