Pages

Wednesday, May 26, 2010

Maklumat tentang Parsi dan Macedonia



Setelah menyerang Hitti dan kemudiannya mengkhianati Assyria seperti pada post yang lalu, bangsa Scythia menghancurkan pula Assyria untuk pihak Media. Kemudian berlaku pula serangan ketiga bangsa ini apabila Scythia bertindak ke atas Jerusalem. Nebukadnezar II, raja Babilon ketika itu, anak Nabopalassar, dibantu bangsa Scythia menyerang Jerusalem pada tahun 587 SM dan menghancurkan kerajaan Judea. Istana Nabi Daud hancur dan Raja Zedekiah dibunuh. Nabi Jeremiah dibebaskan dan dibiarkan hidup di Jerusalem. Orang² Yahudi dibuang ke Babilon. Peristiwa ini adalah kehancuran pertama Israel daripada dua kehancuran.

Dua kehancuran kota ini diabadikan dalam Al-Quran yang bermaksud:
4. Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan dimuka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombungkan diri dengan kesombongan yang besar”.
5. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba² Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung², dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
6. Kemudia Kami berikan kepada kamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak² dan Kami jadikan kamu kelompok yang besar.
7. Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri, dan apabila dating saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang lain) bagi menyuramkan muka² kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh²mu memasukinya pada kali pertama dan bagi membinasakan sehabis²nya apa saja yang mereka kuasai.
(Al-Israk 17:4-7)

Selepas membantu babilon menghancurkan Jerusalem, Scythia terus menjadi sekutu kuat Babilon sehinggalah terjadi perebutan kuasa antara pewaris Babilon.

Cyrus

Pada tahun 546 SM Cyrus dari Parsi menakluk Lydia, di Yunani. Dalam perjalanan ke Lydia, Cyrus melalui Armenia (Urartu) dan meminta bantuan Scythia di sana bagi menawan Lydia. Selepas itu, pada tahun 539 SM, Nabi Daniel telah dipanggil Belsyazar, raja Babilon baru bagi menterjemah tulisan di dinding istana yang menceritakan tentang kehancuran Babilon. Pada malam itu juga, Cyrus yang semakin kuat empayarnya menyerang Babilon dengan bantuan orang Yahudi di sana. Orang Yahudi telah membuka pintu gerbang Babilon bagi membenarkan Cyrus dan tenteranya masuk dan memenangi Babilon. Setelah kemenangan Cyrus, semua Yahudi dibenarkan pulang ke Jerusalem buat pertama kalinya setelah 70 tahun hidup dalam buangan di Babilon. Oleh sebab ini, kitab² Yahudi menggelarkan Cyrus sebagai Mesias.

Pada 530 SM, ketika penjelajahan Cyrus ke utara, dia dan tenteranya diserang oleh Scythia yang masih liar di sekitar Laut Kaspia. Cyrus mati dibunuh Ratu Scythia bernama Ratu Tomyres. Oleh sebab itu, pengganti² Cyrus telah melancarkan perang ke atas Scythia. Raja² tersebut ialah Darius, Xerxes dan lain². Pada tahun 330 SM, Darius III Codomannus telah berhenti menyerang Scythia kerana menerima ancaman dari Macedonia. Darius III mula bersekutu dengan Scythia dengan pelbagai tawaran. Setelah perjanjian disepakati, tentera Scythia telah berada di barisan hadapan sekali bagi pihak Darius III ketika memerangi Macedonia.

Ketika itu, Macedonia diketuai oleh anak Raja Philip II iaitu Alexander. Peperangan itu berakhir dengan kemengan kepada Alexander yang kemudiannya meluaskan empayar dan menguasai sebahagian daripada dunia. Sebelum itu, raja² Macedonia juga ada berusaha menawan bangsa barbar Scythia ini. Antaranya ialah bapa Alexander, Raja Philip II yang berperang dengan Raja Scythia bernama Atheas.

Daripada kisah tentang bangsa Scythia ini yang terkenal dengan kekejamannya, dapat diketahui banyak kerajaan² utama menggunakan kepakaran bangsa ini bagi memenangi suatu perang. Kerosakan yang mampu dilakukan mereka adalah amat teruk sekali. Ketika mereka mengikut kerajaan² yang berkuasa meluaskan empayarnya, bangsa ini menyebar selaras dengan wilayah kekuasaan kerajaan yang dibantu mereka. Berikut adalah perkembangan kemudiannya anak² Yafet seperti yang dipostkan dalam artikel terdahulu:

• Javan : Greeks (Yunani/Ionians)
• Magog : Scythians, Slavs, Irish, Hungaria
• Madai : Mitanni, Mannai, Medes, Parsi, Indo-Arya, Kurdi
• Tubal : Tabali, Georgia, Italia, Illyria, Iberia, Basque
• Tiras : Thracia, Goth, Jute, Teuton
• Meshech : Phrygia, Caucasus Iberia, Algonquia
• Gomer : Scythia, Turki, Armenia, Welsh, Pict, Irish, German

Kesemua bangsa² ini berpusat di Eropah dan Amerika pada ketika ini.

(Sumber Utama : Tulisan Wisnu Sosongko)

No comments:

Post a Comment