KOTA TINGGI: Ramli Bidin, suami salah seorang mangsa lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 81.5 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara di sini, kelmarin, mengakui terkilan kerana tidak meneruskan niat mengucup pipi isterinya, arwah Zabidah Ali Seman, sebelum beliau menaiki bas.
Selain Zabidah, mereka yang maut dalam nahas jam 1.30 tengah hari apabila Proton Wira dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kereta Mercedez-Benz itu, adalah Md Azhar Ali Seman, 39, yang memandu kereta, dan cucu Zabidah, Puteri Alya Batisha Mohd Fazley yang berusia dua bulan, yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Isteri Md Azhar, Noraini Norzaini, 27, yang mengandung lapan bulan, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala anak Zabidah, Adriana Balqis, 6, meninggal dunia ketika rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan. Janin dalam kandungan Noraini berusia lapan bulan yang cukup sifat juga mati dan terpaksa dikeluarkan dari perut ibunya.
Ibu Puteri, Nadatul Isma Isa, 24, pula patah tangan kanan, luka dahi serta kening, manakala anak Md Azhar, Nazrul Haikal, 6, patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Ramli, 50, yang bertugas sebagai pemandu bas Mara Liner di Bandar Tun Razak, Pahang, berkata kira-kira jam 10 pagi kelmarin, isterinya sempat menghubunginya memaklumkan sudah tiba di Terminal Bas Rompin dan menunggu adiknya (Md Azahar) untuk menjemput mereka kira-kira jam 12 tengah hari.
“Saya tidak sangka, panggilan telefon bimbit tidak berjawab oleh isteri dan anak tidak lama kemudian sebaliknya menjadi petanda buruk apabila bukan saja kehilangannya, tetapi juga yang lain dalam kejadian itu,” katanya.
Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap bantuan warga Kota Tinggi yang banyak membantu ahli keluarganya termasuk kakitangan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, HKT, Jabatan Agama Islam Johor.
“Saya juga berterima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mesra Tukimin yang membiaya kos pengurusan serta pengangkutan jenazah,” katanya.bharian
Salam Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.... Terima kasih kepada jip askar secara kebetulan lalu di kawasan kemalangan dan menghantar mangsa yang cedera ke Hospital Kota Tinggi. Kebetulan saya antara yang terawal sampai di tempat kemalangan.
ReplyDelete