Pages

Sunday, May 9, 2010

Pahlawan hebat terhumban ke neraka

SATU hari, pertempuran berlaku di antara pihak Islam dengan Musyrik. Kedua-dua pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka kagum dengan seorang daripada sahabat mereka iaitu Qotzman.

Ketika bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti singa lapar membaham mangsanya. Keberaniannya menyebabkan dia menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah SAW mencelah: “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.” Sahabat yang mendengarnya menjadi hairan dengan jawapan baginda.

Bagaimana seorang yang berjuang dengan gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Mereka berpandangan sesama sendiri apabila mendengar penjelasan baginda.

Rasulullah sedar mereka tidak percaya dengan penerangannya lantas mengatakan: “Ketika Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman mengalami luka parah akibat tikaman musuh.

“Badannya dipenuhi darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.

“Dia melakukan perbuatan itu kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya.

“Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.” Menurut Rasulullah SAW lagi, sebelum mati, Qotzman ada mengatakan: “Demi Allah, aku berperang bukan kerana agama tetapi sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.

“Aku berperang hanya untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.” Riwayat ini dirawikan oleh Luqman Hakim.

No comments:

Post a Comment