Pages

Wednesday, May 26, 2010

Pahala dan dosa




Ritual syaitan

Dalam kotak pemahaman umum, ritual dikaitkan dengan perbuatan yang dibuat bagi tujuan keagamaan secara tertib mengikut urutan-urutan tertentu bagi membolehkan ia disempurnakan.

Namun dalam keadaan tertentu juga, sesuatu perbuatan itu (kebanyakannya ialah perbuatan yang bukan amalan dalam Islam) boleh dianggap sebagai ritual walaupun dilakukan tanpa niat.

Menurut Collin Low dalam teorinya bertajuk Ritual Theory and Technique, setiap perbuatan boleh menjadi elemen penggalak dalam sesuatu ritual (biasanya sihir) kerana ritual itu adalah prosedur agama yang dicipta dengan ilham yang diberikan oleh sesuatu yang bukan manusia. Low menjelaskan, ritual bersifat jahat pula lazimnya dibuat berdasarkan budaya atau perbuatan-perbuatan jahat yang disukai manusia. Ia bagi membolehkan ritual itu dapat dijalankan setiap masa tanpa manusia sedar.

“A difficulty in trying to understand traditional ritual is that, it is framed within the world view of a time and culture. An example of this was the belief throughout medieval times that magic operated through the agency of an evil power..” –Collin Low

Dalam penjelasan mudah, ritual bersifat jahat itu dibuat mengikut kesesuaian berdasarkan budaya yang disukai manusia. Ia dibuat sedemikian bertujuan untuk menggerakkan ritual itu sepanjang masa supaya ia mampu menjadi ‘daya sokongan’ kepada pengamal sihir penyembah syaitan dalam ritual sebenar.

Daya ritual kesyaitanan
Tuhan lembu matahari

Kita ambil satu ritual dalam amalan Satanism yang dipetik dari sumber pengikut Anton LaVey (pengasas agama syaitan moden) di New York iaitu ‘Ritual for Moloch’. Moloch ialah Tuhan Lembu Matahari dalam agama Satanism. (Tahu kisah Samiri menyesatkan kaum Yahudi dengan patung lembu? Mungkin inilah patung lembu itu yang masih disembah manusia sesat sehingga hari ini). Dalam ritual itu, pengamal sihir Satanism atau Dajjalism perlu meletakkan simbol pentagram di setiap titik utama di tempat upacara ritual mereka. Dikatakan, syaitan akan berada di tengah pentagram itu sepanjang ritual berlangsung. (Dalam upacara ritual Bohemian Grove, patung burung hantu pula yang digunakan).
Ritual Moloch

Syaitan dijadikan daripada api dan api pula hanya akan menyala jika ada objek untuk ia ‘menumpang’ seperti kayu atau sebagainya. Maka, dapat disimpulkan bahawa sifat syaitan itu sama seperti api iaitu akan menumpang bagi membolehkan ia bergantung. Samalah juga jika dikatakan kehadiran syaitan itu dapat dikesan apabila ada objek seperti langsir, pokok atau sebagainya yang tiba-tiba bergoyang tanpa sebab, ia adalah kerana syaitan hadir menumpang di objek-objek itu. Syaitan juga menumpang di hati kita, dia menumpang dalam susuk yang dipakai, menumpang dalam tangkal-tangkal, menumpang di setiap tempat yang selesa baginya. Dalam konteks ini, syaitan menumpang di dalam simbol pentagram.
Pentagram pada baju

Juga jika boleh, mereka mahu pentagram ditempatkan di setiap titik utama bumi (jajaran ley lines?) bagi membolehkan ‘raja syaitan’ keluar menyaksikan ritual itu. Realitinya, pentagram sudah pun ditempatkan di setiap pelusuk dunia, bukan sahaja di titik-titik utama yang kita andaikan di jajaran Ley lines semata-mata. Pentagram kini sudah ditempatkan di seluruh dunia dengan jayanya tanpa mengira apa saja jenis titik. Bagaimana mereka melakukannya? Caranya mudah dan sangat berkesan, sudah tentu melalui projek masterpiece.. mind control.. menggunakan medium hiburan.

Pemakaian pentagram disifatkan sebagai ‘daya sokongan’ untuk melengkapkan ritual supaya ‘kawasan liputan’ ritual itu dapat diluaskan radius ke peringkat global. Apa sudah jadi sekarang? Seluruh dunia sekarang sudah menjadi ‘kawasan liputan’ terluas dalam menjayakan ritual-ritual Satanism. Ia adalah perbuatan tidak sengaja yang mempunyai sifat ritualistik.

Kita renungkan dengan hadis Rasulallah:

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam konteks monumen ritual, kita sudah mengetahui bahawa binaan-binaan tertentu mampu menjana vortex untuk menghasilkan pintu alam ghaib. Maka di sini, kita akan cuba memahami maksud binaan-binaan tersebut dengan sedikit pendedahan mengenai sacred geometry secara kasar, bukan melakukan pengiraan secara terperinci. Kita akan cuba mendalami sacred calculations atau mystical calculations(kaedah kiraan mistik) dalam artikel-artikel akan datang, bergantung kepada kehendak sesuatu artikel, insya-Allah. Yahudi dan Satanis sangat mahir dalam matematik. Ia sedikit memeningkan bagi yang kurang mahir matematik.
Jachin dan Boaz

The Gate of the Nations di Persepolis

Master Carpet atau Checkered Floor

Binaan-binaan yang mempunyai unsur Masonic seperti tiang berkembar mirip Jachin dan Boaz serta Checkered Floor mempunyai variable atau pemboleh ubah (istilah matematik) nisbah kiraan tertentu berpandukan model (hanya sekadar mengklasifikasikan ia sebagai model) dalam bentuk asal Jachin dan Boaz. Model asal ini pula kita boleh ambil daripada binaan-binaan monumen yang mempunyai sifat serupa dengan Jachin dan Boaz terutamanya binaan dalam tamadun-tamadun awal. Skala binaan itu dibesarkan atau dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu bagi membolehkan ia bertindak untuk memanipulasi tenaga yang berada disekelilingnya secara efektif atau berkesan.

Dalam tamadun Mesir, kita ambil contoh kuil-kuil firaun di mana tiang-tiang kuil tersebut menyerupai Jachin dan Boaz. Manakala kuil pula seperti sedia maklum, ia adalah tempat ritual firaun dijalankan. Maka, kaedah binaan tiang-tiang itu juga dibina berdasarkan keperluan ritual. Tiang-tiang ini yang dibina hasil daripada pengaruh Greek dan Rom yang sampai di Mesir pada ketika tamadun awal menjadi model asas dalam konsep arkitektual Masonic yang kemudian dinamakan sebagai Jachin dan Boaz.

Ia mungkin menjadi model asas setelah arkitek-arkitek Mason mengambilkira nisbah kiraan tiang-tiang di lokasi ritual firaun tersebut. Berdasarkan rekod-rekod sejarah, ritual firaun selalunya melibatkan upacara sihir, manakala kisah firaun derhaka dalam al-Quran menjelaskan mengenai amalan sihir semasa pemerintahan firaun. Maka, binaan tiang-tiang atau rumah-rumah ritual yang dibina semasa pemerintahan firaun juga sudah tentu dipengaruhi oleh nasihat-nasihat tukang sihir kepada firaun. Tukang sihir menjadi penasihat paling berpengaruh dalam setiap keputusan yang dibuat oleh firaun. Sudah tentu juga tukang-tukang sihir itu mempunyai pengetahuan untuk membina binaan yang menepati kehendak raja sihir iaitu syaitan. Syaitan pula sudah tentu memerintahkan tukang sihir untuk membina kuil dan tiang-tiang mengikut saiz tertentu. Maka jika bercakap mengenai saiz, sudah tentulah melibatkan kiraan. Kiraan geometrik itu pula mungkin direkodkan oleh Yahudi satanis yang mengamalkan sihir sejak zaman tamadun Mesir lagi, lalu diwarisi sehingga hari ini untuk terus membina binaan bercirikan Mason sehingga hari ini.

Yahudi yang mewariskan pengetahuan sihir semasa zaman firaun pula mungkin daripada golongan yang menjadi hamba suruhan kepada tukang-tukang sihir, atau mungkin daripada golongan Yahudi yang enggan mengikut ajaran Nabi Musa. Maka, pengetahuan itu direkodkan untuk diwariskan kepada Yahudi-Yahudi seterusnya, itu pun mungkin selepas mereka melihat ‘nikmat dunia’ yang berikan syaitan kepada firaun, supaya generasi mereka yang mengamalkan sihir dapat menguasai dunia dengan bantuan syaitan seperti firaun pernah mengecapinya. Realiti sekarang, Yahudi sudah pun menguasai dunia.

Belum jelas mengenai pendapat bahawa sesebuah binaan untuk tujuan beragama itu perlukan kiraan tertentu dalam memenuhi keperluan mengikut amalan sesebuah agama? Kita kembali kepada Islam yang kita cintai, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail di sebuah kawasan di padang pasir Makkah. Lokasi untuk membina Kaabah itu pula sudah ditentukan oleh Allah, manakala bentuk dan saiz Kaabah juga mungkin sudah ditentukan oleh Allah. Maka, kiraan arkitektual yang diperlukan untuk membina Kaabah sudah ditentukan oleh Allah di atas lokasi yang juga sudah ditentukan. Bukankah tempat suci umat Islam itu ialah lokasi yang sudah ditetapkan oleh Allah? Begitulah juga dengan kawasan al-Aqsa yang mana keluasannya meliputi masjid as-Sakhra dan masjid al-Aqsa juga adalah lokasi yang ditentukan oleh Allah. Masjid al-Aqsa didirikan di atas sebuah kawasan yang dinamakan al-Aqsa, yang juga meliputi masjid as-Sakhra iaitu bangunan berkubah emas yang juga disebut sebagai Dome of the Rock. (hanya sekadar pendapat). Lokasi itu sudah ditentukan Allah kerana Allah lebih mengetahui segala rahsia yang dirancang-Nya di tempat-tempat suci itu.
Burj Khalifa di Dubai

Dalam kes rumah ritual satanis, maka tidak mustahilkah kiraan arkitektual sesebuah binaan itu ditentukan oleh syaitan? Kiraan itu kemudiannya menjadi asas kepada ilmu senibina arkitektual hari ini. Mungkin sebahagiannya (berdasarkan beberapa kes) juga telah diserap masuk ke dalam ilmu senibina yang kita panggil sebagai kejuruteraan awam. Manakala pengetahuan senibina yang mengamalkan kiraan-kiraan mistikal pula dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi dan Freemason di kalangan manusia. Maka terbinalah binaan-binaan moden yang pelik tetapi kelihatan menarik di mata manusia seperti Burj Dubai dan sebagainya yang dibina dengan kepakaran jurutera dari Amerika dan Eropah. Ia mungkin dibina bagi melengkapkan sesuatu keperluan ritual di lokasi lain (tidak semestinya di kawasan berhampiran, boleh jadi juga di sempadan melintasi laut).
WTC

Malah jika diperhatikan pendapat-pendapat popular masyarakat dunia mengenai peristiwa 9-11 yang meranapkan bangunan berkembar WTC mirip Jachin dan Boaz di New York, ia juga dikaitkan dengan amalan ritual satanis. Melalui pendapat-pendapat itu, dikatakan kejadian itu sengaja dibuat pada 9/11 kerana menurut susun lapis spiritual Tree Of Life dalam ajaran sesat Yahudi iaitu Kabbalah, angka 9 ialah turutan sebelum (di bawah) Tempat Tertinggi iaitu Tuhan yang berada di turutan angka ke-10. Maka tiada lagi angka yang berada di atas 10, kerana 10 ialah angka tertinggi yang dianggap sebagai angka tuhan.
The Tree Of Life

Jadi menurut pendapat umum itu, ritual 9-11 ialah tindakan menidakkan kewujudan angka 10 selepas 9. Kedudukan angka 9 tidak dituruti angka seterusnya iaitu 10, tetapi terus naik ke angka 11, atau ‘skip’ atau ‘lompat’ terus ke angka 11 dengan maksud menidakkan tempat tertinggi iaitu 10. Ritual itu juga dikatakan bermaksud menidakkan atau menafikan kekuasaan tuhan dengan meletakkan sesuatu (di angka 11) sebagai kuasa yang lebih tinggi daripada tuhan. Peristiwa 9-11 adalah ritual untuk mencabar tuhan.

“9 skip to 11 where 10 is denied like never exist.”

Teori dari pendapat umum itu tidak terhenti di situ, bentuk bangunan WTC yang mirip bentuk Jachin dan Boaz juga menjadi medium untuk melengkapkan ritual. Malah, Jachin dan Boaz juga dianggap (secara ritual) sebagai ‘The Gate’ atau pintu gerbang bagi kemunculan semula raja mereka yang kita andaikan sebagai Dajjal.

Melalui teori yang sama. Pada hari yang sama peristiwa 9-11 juga, bangunan Pentagon turut ‘dikatakan’ diserang. Bentuk pentagon pula adalah segi lima seperti yang terdapat dalam pentagram, iaitu bintang (star) bucu lima yang menjadi medium ritual sihir dalam agama Wicca, Asatru dan lain-lain agama syaitan. Kebanyakan ritual pula menggunakan api (sifat syaitan).

Jika diperhatikan di sini. Pada 9-11-2001, adalah ritual mencabar tuhan dimana berlaku pembakaran Star (bangunan Pentagon) dan juga berlaku pembakaran Gate (bangunan WTC) atau Star & Gate menggunakan api dengan mencabar tuhan supaya Dajjal dimunculkan semula untuk keluar dari stargate(pintu gerbang ghaib). Ia dikatakan upacara ritual terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah. Pendapat umum itu pula semakin mendapat perhatian oleh beberapa pengkaji agama di Amerika dan sebilangannya juga menyokong berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima.

Jika tarikh memainkan peranan, dalam Islam ada beberapa ibadat dikhususkan pada bulan tertentu dalam pusingan kalendar, contohnya ialah ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan. Kita lihat hadis berkaitan bulan Ramadhan dan ibadah puasa:

“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Riwayat Abu Hurairah)

"Sesiapa yang menafkahkan sepasang binatang (dua ekor kuda, lembu ataupun unta) untuk sabilillah (perjuangan agama Allah), maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah kebaikan." Sesiapa daripada golongan ahli solat, maka dia akan dipanggil dari Pintu Solat. Sesiapa daripada golongan ahli jihad, maka dia akan diseru dari Pintu Jihad. Sesiapa daripada golongan ahli puasa, maka dia akan diseru dari Pintu Rayyan. Sesiapa daripada golongan ahli sedekah, maka dia akan diseru dari Pintu Sedekah" (Riwayat Abu Hurairah)

Saidina Abu Bakar berkata: "Bi-abi anta wa ummi ya Rasulullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu. Tetapi apakah ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu? Baginda Rasulullah menjawab: "Ya ada dan aku mengharapkan agar kamu termasuk dalam golongan orang yang diseru dari segala pintu tadi." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah (semata-mata menuju ketaatan kepada Allah) melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) daripada neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di sini, kita dapat memahami bahawa ‘pintu’ dibuka pada bulan-bulan tertentu, dalam konteks hadis-hadis yang dipetik itu ialah bulan Ramadhan di mana pintu syurga dibuka dan pintu neraka pula ditutup. Kita akan cuba mencari kaitan bulan dengan pintu gerbang dimensi ghaib. Jika kita sentiasa berpeluk teguh bersama al-Quran dan hadis, insya-Allah kita akan mampu menemui jawapan.

Manakala jawapan yang sebenarnya, hanya Allah lebih mengetahui kerana Dia adalah Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Manusia tidak akan pernah termampu untuk menyelami segala rahsia Allah.

Ingat, jadikan hadis-hadis dan al-Quran sebagai rujukan tertinggi kerana dari sumber itulah kita akan mampu menemui jawapan walaupun hanya secebis kecil dan akan menjadikan kita lebih dekat kepada agama dan mengenal Allah serta risalah rasul-rasul-Nya. Islam memiliki segala jawapan.

Daya gerbang mistikal
Graviti bulan pengaruhi Bumi

Berdasarkan sumber lisan dari seorang penganut Wicca yang ditemui di pinggir sempadan Winsconsin Amerika, satu ritual khas akan diadakan pada setiap kali bulan mengambang penuh pada kiraan 29.53 hari dan ritual itu dipanggil ‘Moon Gate Ritual’. Istilah Monday bagi mewakili hari Isnin juga adalah sebagai mewakili ritual bulan; Moon Day atau Month Day.

Ritual itu dijalankan bagi membuka pintu dimensi (dimensi iblis dan syaitan) untuk membolehkan beberapa ‘urusan’ antara manusia dengan ‘spirits’ disempurnakan. Kita simpan sebentar perkara ini, kita lihat dahulu perkaitan bulan dengan pintu gerbang melalui sudut saintifik.

Bulan secara saintifik juga mempunyai pengaruh graviti terhadap Bumi yang mempengaruhi pasang surut air laut dan lain-lain fenomena. Bulan juga adalah elemen graviti.

Bulan sentiasa memainkan peranan penting dalam amalan spiritual kuno kerana objek cakerawala itu mempunyai tenaga graviti yang mampu membuka gerbang dimensi berbeza. Malah pada hari ini juga, amalan ritual itu diteruskan mengikut waktu-waktu tertentu berpandukan proses kitaran dan peredaran bulan mengelilingi Bumi.

Ritual itu pula mengambil elemen-elemen sihir untuk disempurnakan bahkan ritual itu pula akan diperbesarkan pada setiap kali bulan mengalami fenomena gerhana. Maka, mungkin atas sebab itulah umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat gerhana bagi meneutralkan amalan sihir yang diamalkan penyembah syaitan. Mungkin itu juga salah satu hikmah solat sunat gerhana iaitu untuk menghapuskan amalan sihir yang jahat.
Ritual Bulan

Dalam konsep keseimbangan, semua unsur ritual syaitan tersebut dapat dipatahkan melalui ibadah kepada Allah. Mungkin atas sebab itulah Allah memerintahkan supaya manusia, jin serta semua makhluk ciptaan-Nya beribadat kepada-Nya Yang Esa. Kerana tenaga yang dikerahkan untuk tujuan ibadah kepada Allah akan menjana vortex positif.

Kita boleh menggagalkan rancangan syaitan, dengan izin Allah. Perancangan syaitan tidak pernah lebih teliti daripada rancangan Allah kerana Dia-lah yang Maha Mengetahui segala rahsia yang terpendam di bumi dan segala rahsia yang berteraburan di langit.

Sistem ritual bulan sengaja dimanipulasi syaitan dan sekutunya dengan menjadikan daya graviti bulan sebagai daya sokongan untuk dikombinasi dengan daya tenaga manusia bagi membuka pintu dimensi supaya para syaitan dapat berurusan dengan manusia melalui ritual keagamaan yang bertuhankan syaitan dan Dajjal.

Manakala binaan bercirikan Mason seperti obelisk, piramid, Jachin dan Boaz serta pusat membeli-belah yang mencakar langit terus dibina sehingga hari ini telah pasti menjadi keperluan untuk mereka melakukan ritual sihir. Monumen² penjana tenaga negatif ini telah dibina di serata dunia.
Monumen obelisk Washington DC

Obelisk Kristian Katolik di Vatican

WTC Twin Towers yang menyerupai Jachin dan Boaz

Mengapa umat Islam melontar jamrah (Obelisk)?

Apabila dikombinasikan semua kajian tersebut dengan satu persamaan iaitu tenaga, dapat disimpulkan bahawa tenaga yang terhasil itu akan dijana melalui satu sistem janakuasa mistik. Sistem daya sokongan pelengkap ritual ini dirancang dengan begitu baik bagi membolehkan tenaga-tenaga pasif di peringkat global bersatu dengan tenaga-tenaga aktif yang dijana dalam ritual sebenar. Ia adalah koordinasi antara daya pasif dengan daya aktif.

Mengapa Dajjal mewujudkan sistem ini? Ia bagi membolehkan manusia melakukan ritual pasif terhadapnya dalam keadaan tidak sedar bagi menyokong ritual aktif. Ia adalah sistem Dajjal. Dajjal adalah pakar dalam amalan sihir, dia licik memanipulasi setiap perbuatan manusia supaya menjadi selari dengan kehendak ritual yang mendewakannya di samping syaitan. Dia mahu simbol-simbol yang diperlukan dalam ritual berdiri megah di serata dunia, dia memanipulasi kejahilan manusia.

P/s : Tenaga vortex menuju langit? Pernah dengar tentang pahala dan dosa yang diangkat ke langit? Hmm..Mengapa Islam menyuruh kita membina masjid lebih tinggi daripada bangunan² lain? Salah satu tanda akhir zaman ialah manusia berlumba² membina bangunan tinggi². Mengapa? Renungkanlah..

No comments:

Post a Comment