Pages

Wednesday, May 26, 2010

Novus Ordo Seclorum




Gabungan Freemason dan Illuminati

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah. Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini, satu adalah untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai. Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).

Menurut sejarah Illuminati moden, William Petty Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, adalah orang-orang yang berjaya menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.

Pengikut Adam Weishaupt yang kebanyakan adalah penganut Kabbalah, kemudian secara teratur melakukan penyusupan ke dalam "Freemasonry" yang pada waktu itu dipimpin Friederich yang Agung dari Prusia, termasuk Duc d'Orleans kerana Adam Weishaupt mahukan dukungan dari orang-orang kaya Yahudi. Sejak terjadinya penyusupan itu, adalah amat sukar untuk membezakan antara “Illuminati" dengan "Freemasonry". Bahkan logo "Illuminati" (piramid dengan mata Lucifer di puncaknya), kemudian digunakan sebagai logo "Freemasonry" di samping logo berbentuk "sesiku dengan sebuah jangkasudut".

Ketika 'Illuminati' dibubarkan pada bulan Ogos 1784 (akibat peristiwa terbongkarnya kerja-kerja Adam Weishaupt oleh Kerajaan Bavaria ketika itu), mereka dipindahkan markasnya dari Ingolstadt ke Frankfurt, yang berada dl bawah control keluarga Rothschilds. Tidak lama sesudah itu wang mengalir dengan deras ke lodge-lodge di Frankfurt, di mana dari sana dirumuskan sebuah perancangan yang didukung dengan pembiayaan yang kuat untuk mewujudkan revolusi dunia. Sejak itu pula gerakan Freemasonry mula dikuasai oleh penganut Kabbalah dari Illuminati.

Penyusupan ini berjaya mencetuskan Revolusi Perancis dengan dukungan "illuminatus" Perancis. Kemudian dari Jerman dan Perancis gerakan Freemasonry yang sudah dikuasai oleh golongan Kabbalah menugaskan beberapa orang revolusioner muda Yahudi untuk menulis ‘Manifesto Komunis'. Freemasonry yang baru ini kemudian membentuk Liga Tokoh-tokoh Keadilan, yang dikemudian hari diganti namanya oleh Karl Marx, yang juga seorang Yahudi, dengan nama Liga Komunis. Kelompok ini merupakan kekuatan yang berdiri di belakang Revolusi Bolshevik, yang tidak lain sekadar tirai untuk menutupi rancangan mereka. Dengan kenyataan ini, "Illuminati" setelah ditinggalkan Adam Weishaupt, telah menjelma penuh menjadi "Freemasonry Moden".

Mereka menandakan kewujudan mereka dengan media yang popular - industri filem dan muzik.
Kemunculan mereka dalam filem

Anggota Illuminati-Freemasonry dewasa ini, bertujuan melanjutkan cita-cita para pengikut Kabbalah, iaitu membangun suatu "Tata Dunia Baru" (Novus Ordo Seclorum), “New World Order”, cita-cita yang telah berusia 4000 tahun, sebagaimana dikumandangkan oleh presiden Bill Clinton tatkala memasuki Millenium Ketiga.

Sebagai anggota Illuminati-Freemasonry, dimana orang-orang itu 90% mengetahui dan terlibat dalam gerakan membangun "Tata Dunia Baru", mereka juga menjadi anggota dari pertubuhan Bilderberg, Council Of Foreign Relations (CFR) – (Masih ingat dahi yang tertulis “Kaf..Fa..Ra..”??), 'American-Israel Research for Administrative Policies' (AIRAP), dan Trilateral Comission, iaitu cabang-cabang pertubuhan Dajal seterusnya yang mempunyai pelbagai peranan tertentu.

Robertson, seorang peneliti sejarah 'Illuminati' lainnya menjelaskan tentang "perancangan besar", yang menurut pendapatnya berjaya menyatukan elit Barat dan anggota Freemasonry dari Rusia. Konspirasi ini pula menurut Robertson sebagai latarbelakang terjadinya tindakan drastik di Moscow pada tahun 1991 oleh ketua KGB, Mikhail Gorbachev, seorang anggota dan tokoh Freemason Rusia.
New World Order

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush, telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Towards a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru” yang agenda terpentingnya ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu. Bersatu yang bagaimana?? Bersatu dalam satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat dan Yahudi. Satu agama, satu sempadan, satu yang lain²nya. Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja. Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi. Berikut adalah senarai keluarga yang menguasai dunia dalam bidang tertentu dan menjadi tonggak NWO.
Carta NWO

Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya).
Cadangan peta baru dunia

PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian. Kerajaan asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government. Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yang diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri. PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa veto.

Kemungkinan perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presiden PBB.

Seperti yang tercatat dalam Al-Quran..
Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka).
(An-Nisa’: 89).

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah: 120).

Sila tontoni 2 video di bawah. Abaikan credit pembuat video ini di akhir video.
New World Order Conspiracy 1

New World Order Conspiracy 2


(Sumber Utama : MO)

P/s : Selepas sistem perbankan, peperangan dan minyak, mereka telah sampai ke tahap seterusnya iaitu mengawal populasi dunia bagi memudahkan mereka mengawal kita.. Hati² dengan makanan dan pernafasan anda..

No comments:

Post a Comment