Pages

Friday, May 7, 2010

Bugatti Atlantik dijual RM146 juta

CALIFORNIA: Sebuah muzium membeli kereta antik Bugatti pada harga kira-kira RM146 juta menjadikan ia kenderaan paling mahal pernah dijual.
Kereta model 57SC Atlantic keluaran 1936 itu dibeli Muzium Automitif Mullin di Oxnard daripada waris pengumpul kereta, Dr Peter D Williamson.
Bugatti - dianggap memiliki reka bentuk klasik Perancis - dilelong firma Gooding & Company yang berpangkalan di Santa Monica, California.

Ketika ini hanya ada dua unit model itu masih boleh digunakan.

Selain kereta yang dilelong itu, satu lagi kini dimiliki pereka fesyen, Ralph Lauren. - Agensi

No comments:

Post a Comment