Pages

Friday, May 7, 2010

Bermotosikal ke Tanah Suci




SEBAHAGIAN daripada peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 bersama motosikal berkuasa tinggi mereka di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi akan berkelana menyusuri jalan darat ke tanah suci Mekah bagi menjayakan Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 untuk mengerjakan umrah.
Ekspedisi yang disertai oleh seramai 15 peserta termasuk pasukan sokongan itu dijangka mengharungi perjalanan selama kira-kira dua bulan dengan merentasi 11 buah negara membabitkan perjalanan sejauh kira-kira 15,000 kilometer.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melepaskan peserta ekspedisi pada 11 Mei ini di ruang letak kereta Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena sambutan ulang tahun UMNO kali ke-64.

No comments:

Post a Comment