Pages

Wednesday, April 28, 2010

Kedai jeruk asli terakhir




DUA remaja Yahudi ini membeli-belah di jeruk The Pickle Guys.


ADA banyak perkara yang menjadi sebahagian daripada New York, antaranya roti gelang atau bangunan Empire State Building tetapi hidangan tradisional timun jeruk yang semakin pupus meninggalkan kenangan kepada para penggemarnya.
Acar, herba, jeruk timun dan seumpamanya masih boleh didapati di kebanyakan kedai dan sandwic daging lembu salai sama seperti industri bekas tertutup yang dipenuhi bahan kimia dan air garam.
Salah satu lokasi terakhir yang menjual jeruk asli rangup yang dihasilkan dengan tangan ialah jeruk bangsa Yahudi dari New York. Ia terletak di sebuah kedai kecil The Pickle Guys di pinggir timur Manhattan.
"Ini ialah jeruk keluaran Mekah, Arab Saudi," kata Michael Dansky, 52, yang sanggup datang dari Boston dengan bekas penyejuk untuk menyimpannya. "Mereka merupakan pembuat jeruk asli terakhir yang boleh ditemui."
Kedai itu dipenuhi dengan balang jeruk yang masih kekal dalam industri pembuatan jeruk yang sebelum itu dikuasai oleh bangsa Yahudi. Kira-kira seabad yang lalu, terdapat lebih 150 tempat menjual jeruk yang boleh didapati dengan berjalan kaki.
Salah satu yang menjadi sebutan ialah Guss' Pickles, tetapi ia telah ditutup tahun lalu.
Kebanyakan kakitangan di The Pickle Guys pernah bekerja di Guss'. Mereka percaya gabungan kualiti dan kesanggupan untuk mencuba produk baru membolehkan mereka terus bertahan.
"Pelanggan datang ke sini kerana ibu bapa mereka pernah membeli jeruk dan ia merupakan satu tradisi," kata Mike Chu, yang mengendalikan perniagaan itu sejak 13 tahun lalu.

JERUK di The Pickle Guys digemari kerana rasanya yang rangup dan dihasilkan secara tradisi.


"Sebelum ini terdapat kira-kira 30 kedai jeruk di kawasan ini sehinggalah tahun 70-an," kata William Soo, 29, sambil menolak lobak putih mentah ke dalam mesin pengisar. "Kini hanya kami sahaja yang tinggal."
Walaupun mesin pengisar itu terletak di laluan pejalan kaki, Soo tetap mengeluarkan air mata akibat pedih terkena asap, manakala topeng gas yang tergantung di dinding di belakangnya hanya sekadar hiasan.
Pengunjung berbangsa Yahudi yang datang membeli-belah semasa perayaan Passover teruja melihat kedai yang halal untuk mereka, bakul mereka dipenuhi sos, jeruk manis, jeruk pedas, tomato, lobak pedas dan sebagainya.
Mereka turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan industri berkenaan.
"Saya tidak tahu sama ada ia mampu bertahan atau tidak. Setiap hari kedai-kedai itu ditutup dan digantikan dengan bank atau kedai," kata jurugambar Andrew Federman, 35. "Ia sangat menyedihkan."
Kehadiran seseorang telah menyelamatkan industri jeruk di New York, beliau adalah Shamus Jones usahawan tatu dari Brooklyn.
Proses mengawet
Jones, 29, bukan berbangsa Yahudi. Jeruknya tidak pun mencapai piawaian halal atau peniaga jalanan seperti di The Pickle Guys. Kedainya langsung tidak mempunyai bahagian hadapan.
Kakitangannya seramai empat orang bekerja sepanjang malam di dapur restoran di Brooklyn. Mereka menjual barangan secara talian, meletakkannya di kedai organik dan di rangkaian Whole Foods.
Produk keluarannya terdiri daripada terung pedas, daun bawang putih, dan asparagus lavender.
Proses pengawetan yang dilakukan terhadap sayur-sayurannya hanya melibatkan air garam atau cuka.
Jones memberikan sayur-sayurannya ramuan mewah seperti lemon, pudina dan paprika salai, air garam untuk terung, cuka epal, gula, biji mustard dan cili.
Bahkan NYC Deli Style Cucumber juga menggunakan semua ramuan tersebut termasuk bawang putih, herba, gula, jintan dan biji lada sebagai perisa tambahan.

ORANG ramai beratur panjang untuk menempah jeruk di The Pickle Guys.


"Kami tidak menghasilkannya mengikut kelaziman, tetapi kami mengubahnya. Proses biasa telah dilakukan sebelum ini tetapi itulah keunikan makanan. Anda boleh buat apa saja," kata Jones.
Brooklyn menjadi tempat asal kepada permulaan makanan jeruk, tempat-tempat seperti Rick' Picks mengembalikan kehidupan di New York.
"Kesemua imej herba membuktikan kehadiran jeruk di sini. Walaupun ia tidak lagi wujud kini tetapi saya percaya ia merupakan sebahagian di atas kejayaan yang dicapai," kata Jones.
"Kami tidak melakukannya dengan pantas seperti di Idaho atau di tempat lain."
Sementara itu, bar-bar di New York mula meningkatkan hidangan Pickleback iaitu sejenis wiski yang diminum bersama air jeruk.
Brooklyn mendakwa ia merupakan tempat kelahiran kombinasi minuman yang memabukkan itu, namun ia kini sudah diiktiraf di peringkat nasional. Akhbar Washington Post pada April lalu menggelar Picklebacks sangat hebat iaitu salah satu kombinasi di antara semua yang hebat."
Nancy Ralph, Pengarah Muzium Makanan New York berkata semua inovasi mengenai jeruk kini berada di muzium itu.
"Itu antara perkara yang menarik mengenainya. Orang ramai kini mula bercakap semula tentangnya dan membawanya kembali," kata Ralph. - AFP

No comments:

Post a Comment