Pages

Sunday, April 11, 2010

Ayah tertua di Britain





2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BEKAS pemandu kenderaan berat, Gerry Burks, mencatat nama sebagai ayah tertua di Britain apabila isterinya, melahirkan anak bongsu mereka, Ryan, 12 Mac lalu.
Di sebalik kegembiraannya, Burks mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu mendapatkan zuriat walaupun berusia lanjut.

Katanya, selain cinta mendalam terhadap Dawn, amalan memakan pisang sejak sekian lama dipercayai menyumbang kepada peningkatan kesuburannya.

“Terima kasih kepada pisang,” katanya.

Mengakui berasakan dirinya lelaki paling bertuah di dunia, Burks berkata, menu sehariannya sentiasa diselitkan dengan pisang.

Sebelum ini pasangan terbabit dikurniakan anak pertama, Daniel, 6, sebelum Ryan lahir melalui kaedah Caesarean.

Burks yang baru bersara empat tahun lalu berkata, dia bangga dengan kehadiran Ryan dalam rumah tangganya.

Katanya, walaupun berusia lanjut, dia memberi sepenuh tumpuan kepada Ryan bagi memastikan anaknya membesar dengan sempurna.

“Dia hanya perlu berbunyi sedikit dan saya pasti ada di sebelahnya beberapa detik kemudian,” katanya.

Setakat ini, kata Burks, Ryan tidak banyak kerenah, membolehkan dia dan Dawn dapat tidur tanpa banyak gangguan.

Jika Ryan terjaga pun, katanya, Dawn akan menguruskan bayi itu.

“Selalu juga saya bertanya jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, tapi Dawn lebih selesa melakukannya sendiri,” katanya.

Mengenai usianya yang lanjut, Burks berkata, dia tidak peduli apa diperkatakan orang lain. Baginya, yang penting dia tahu menjaga diri sendiri.

“Betul, usia saya 75 tahun, tapi jiwa saya tetap muda. Saya tidak merokok atau minum arak, manakala Dawn pula gemar memasak. Hidangan Dawn sentiasa menjadikan saya cergas,” katanya.

Sebelum berkahwin dengan Dawn, Burks beristerikan Monica tetapi rumah tangga mereka gagal bertahan sehingga bercerai pada pertengahan 1985. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak.

Sejak kegagalan itu, kata Burks, dia berazam memulakan hidup baru.

“Antara yang saya lakukan adalah memakan pisang. Kadangkala dua biji sehari,” katanya.

Selepas menduda, Burks berpindah ke rumah pangsa di Louth pada 1994. Di situ, dia berkenalan dengan Dawn yang menjadi jirannya.

Mereka kekal sebagai kawan biasa selama hampir 10 tahun sebelum Dawn mengaku mula menyayangi Burks. Mereka berkahwin pada 2002.

Pada masa sama, dia mengelak memakan garam berlebihan, selain selalu menolak mengambil makanan luar.

Barangkali, katanya, pemakanan itu membantunya kekal sihat.

Tidak kurang pentingnya, kata Burks, adalah rasa cinta yang sentiasa menyala pada Dawn.

“Saya cuma buat apa yang datang secara semula jadi,” katanya.

Ryan dilahirkan dengan berat badan 2.6 kilogram.

Walaupun menghadapi masalah pernafasan pada peringkat awal, pegawai perubatan berjaya merawatnya sehingga stabil sebelum dia dan Dawn dibenarkan pulang.

Ketika di hospital, perbezaan usia menyebabkan doktor pernah tersalah anggap dengan menyangka Burks adalah bapa Dawn.

Apabila Daniel lahir, kata Burks, dia kekok dan jarang membantu Dawn. Sikap itu kini berubah sama sekali.

“Setiap kali Dawn perlu bantuan, saya akan membantu, misalnya membawa anjing kami bersiar-siar ketika pagi bagi membolehkan Dawn menumpu perhatian kepada Daniel dan Ryan,” katanya.

Setakat ini, Burks menganggap keluarnya lengkap dengan kehadiran Ryan.

“Saya tak fikir kami akan mendapat anak lagi. Namun, siapa tahu mungkin keadaan sebaliknya? Saya akan terus menjaga kesihatan diri,” katanya.

Sebelum Burks, rekod bapa tertua di Britain dipegang Richard Roden, 72, yang dianugerahkan anak kembar tahun lalu.

No comments:

Post a Comment