Pages

Wednesday, January 27, 2010

Untuk Jejaka

By Muslimah on December 1st, 2009 | 2 Comments
Apa nak jadi dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita? (more…)


Membentuk Cinta Abadi… (=
By Muslimah on August 5th, 2009 | 4 Comments


Jalaluddin Rumi says: Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua. (more…)


Untukmu Ayah…
By Muslimah on June 20th, 2009 | 2 Comments


۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Turut ku ucapkan ungkapan bait kata-kata ini kepada sang ayah ku yang ada nun jauh di sana. O Rabb… Sungguh aku beruntung kerana aku dikaruniakan dua orang ayah. Subhan-ALLAH! Bagaimana lagi harus aku syukuri nikmat-MU yang satu ini selain bibir ku mengucapkan alhamdulillah terhadap-MU Ya ALLAH?

Kepada mu ayah, terima kasih atas segala-galanya. Segala tunjuk ajar dan segala kebaikan yang telah dikau turunkan dan sampaikan kepada ku sehinggalah aku menjejak usia 20 tahun kini. Terima kasih ayah. (=


Lelaki…
By Muslimah on June 11th, 2009 | 4 Comments


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul,

Srikandi,
Damsyik, Syria.

~Tukilan dari Novel Syabab Musafir Kasih~

۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Asyik duk membentangkan / menyalahkan wanita masa kini terus-menerus pun kurang adil rasanya. Kali ini saya jadi sangat-sangat terpanggil untuk mengemaskinikan blog dengan bait kata-kata tentang si Lelaki zaman kini. Termasuklah mereka yang berpangkat Datuk, Ayah, Suami, Abang, Adik Lelaki atau mana-mana lelaki yang sewaktu dengannya (kalian tidak ketinggalan ya!). Ini bukan dikhususkan untuk lelaki yang bergelar shemale!! Oops! Anda tidak layak bagi membaca posting ini kerana anda tidak akan pernah memahami. (more…)

No comments:

Post a Comment