Pages

Tuesday, January 26, 2010

Perang melawan Syaitan

Written by Administrator
Monday, 21 December 2009 15:40

images/stories/syaitan.jpgHakikat peperangan antara iblis dan manusia memang satu yang tidak dinafikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Peperangan ini merupakan salah satu hakikat hidup yang perlu ditempuhi oleh manusia dalam menjalani kehidupan di dunia.

Perangkap Syaitan

Peperangan ini telah diistiharkan oleh iblis di hadapan Allah Taala di dalam dialog yang berlaku ketika ia diusir daripada syurga. Punca yang menyebabkan ia diusir daripada syurga pula ialah keengganan dan keingkarannya terhadap perintah Allah supaya sujud hormat kepada Nabi Adam sebaik sahaja Allah melengkapkan dan menyempurnakan kejadiannya. Pengistiharan peperangan oleh iblis ini dapat kita hayati di dalam firman Allah dalam surah al-‘Araf ayat 11 hingga 17 yang bermaksud:

11.“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam) , lalu Kami telah bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam” maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.

12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu daripada bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Iblis menjawab: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.”

13. Allah berfirman: “Turunlah kamu daripada syurga itu kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang hina.”

14. Iblis menjawab: “Beri tangguhnyalah kepada saya (jangan matikan saya dan keturunan saya) sampai waktu mereka dibangkitkan.”

15. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk ke dalam mereka yang diberi tangguh.”

16. Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”

17. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”


Oleh kerana pengistiharan yang dibuat oleh iblis di hadapan Allah Taala ini untuk menyesatkan manusia, maka ia merupakan satu janji dan keazaman dari pihak iblis untuk melihat keturunan Adam yang bergelar manusia turut sama sesat dan tidak mengikut jalan Allah yang lurus.

Untuk memperingatkan manusia tentang bahaya ancaman perang yang dilancarkan oleh iblis dan pengikut-pengikutnya ke atas keturunan Adam ini maka Allah telah menyatakannya kepaada manusia dalam Kitab yang semestinya dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini melalui firmanNya yang bermaksud:

“Bukankah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu wahai anak Adam supaya kamu tidak menyembah (dengan erti kata mengikut dan tunduk kepada tuntutan-tuntutannya) syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. (Yasiin: 60)

Ini adalah salah satu bentuk keadilan Allah Taala ke atas manusia dalam menentukan balasan baik dan buruk terhadap segala perbuatan yang dilakukan oleh mereka ketika hidup di dunia ini. Keadilan ini dapat kita lihat melalui penjelasan berikut:

Allah telah menuntut manusia supaya mengikut jalanNya yang lurus iaitu syariat Allah. Di samping itu Allah juga menjadikan nafsu ammarah yang mengajak kepada kejahatan berada di dalam diri manusia. Ajakan jahat nafsu ammarah ini digandingkan pula dengan hasutan dan pujukan syaitan yang merupakan makhluk yang amat memusuhi manusia. Dalam pada itu Allah menyediakan balasan berbentuk nikmat dan azab di dalam kubur dan juga pembalasan kekal syurga dan neraka.

Dalam al-Quran, Allah telah memperibatkan tentang permusuhan syaitan terhadap manusia sebanyak tidak kurang lebih 7 kali samada secara langsung atau tidak langsung iaitu dalam ayat 117 surah Taaha, syat 15 surah al-Qasas, ayat 6 surah Fatir, ayat 60 surah Yasiin, ayat 62 surah al-Zukhruf dan ayat 53 surah al-Israk. Dalam ayat 6 surah Fatir, Allah menyebut bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan selepasnya memerintahkan supaya manusia berinteraksi dengan syaitan sebagai musuh. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata, maka dengan itu jadikanlah ia sebagai musuh.”

Kempen besar-besaran yang dilancarkan oleh Allah terhadap manusia supaya sentiasa sedar, menghayati dan bertindak terhadap syaitan sebagai musuh ini melambangkan sifat rahmatNya ke atas manusia yang tidak terhingga. Ini menepati firmanNya di dalam ayat lain yang bermaksud:

“Sesungguhnya rahmatKu menyelubungi segala sesuatu.” (Al-A’raf: 156)

Peringatan demi peringatan, papan tanda demi papan tanda yang dipasang oleh Allah di sepanjang perjalanan manusia di dunia ini tentang merbahaya ancaman syaitan ilmu Allam yang amat luas terhadap konsep hidup yang mesti dilalui oleh makhluk yang bernama manusia. Inilah kasih sayang dan sifat rahmat yang tidak terhingga yang telah dicurahkan oleh Allah kepada manusia. Sekiranya manusia mengalami kekalahan juga dalam medan akibat serangan syaitan maka berhaklah Allah memberikan balasan dosa dan azab terhadap kekalahann dan keterlanjuran manusia itu. Samalah dengan papan tanda-panpantanda had laju yang dipasang oleh pihak berkuasa di lebuh raya dari satu tempat ke satu tempat. Tujuannya ialah untuk memperingatkan pemandu tentang merbahaya memandu laju. Oleh itu pemandu yang tidak menghiraukan perintangan-peringatan had laju itu tidak boleh menuding jari kepada pihak polis apabila mengeluarkan saman keraja kesalahan memandu melebihi had.

Apabila Allah menjelaskan kepada manusia bahawa nafsu ammarah dan syaitan merupakan musuh yang nyata dan ia telah mengistiharkan peperangan terhadap manusia, maka manusia tidak mempunyai hujah lagi apabila mereka terjerat dalam perangkap yang dipasang oleh syaitan atau apabila mereka mengikut kemahuan nafsu ammarah kerana Allah telah menjelaskan hakikat kedua-dua musuh itu.

Bagi memudahkan lagi kefahaman terhadap bahaya peperangan yang dilancarkan oleh syaitan terhadap manusia ini maka berikut diperincikan secara berasingan elemen-elemen penting yang terlibat dalam peperangan ini. Elemen-elemen tersebut ialah:

Iblis/syaitan : musuh yang menyerang

Manusia : pihak yang diserang

Jalan yang lurus : jalan yang disekat dan dihalang oleh syaitan daripada diikuti oleh manusia.

Tempoh peperangan: tidak ada batasan masa dan waktu. Peperangan berjalan sehingga hari kebangkitan semula.

Tempat peperangan: tidak ada tempat yang tidak terlibat. Seluruh kawasan yang didiami oleh manusia adalah terlibat sebagai lokasi peperangan.

Arah serangan: serangan dilancarkan dari empat penjuru yang ada di sekeliling manusia iaitu dari hadapan, belakang, kanan dan kiri.

Senjata peperangan: berbagai jenis senjata yang digunakan oleh iblis dalam memerangi manusia.

Pertahanan : manusia dipelawa dengan berbagai jenis benteng dan perisai yang dapat menangkis serangan musunya yang nyata ini.

Bentuk serangan : menggunakan berbagai kaedah dan metodologi.

Piawai kalah menang : menang dan kalah bukan mutlak. Kadang-kadang manusia kalah dan kadang-kadang menang bergantung kepada beberapa faktor yang ada pada manusia. Faktor-faktor ini adalah bersifat berubah dan relatif. Ia berbeza dengan perisai yang ditawarkan oleh Allah dan rasulNya kepada manusia. Ia adalah bersifat mutlak dan tidak berubah hingga hari kiamat.

Dalam banyak elemen yang terlibat dengan peperangan ini, ada empat elemen terpenting yang perlu diperincikan untuk menambah kefahaman kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam pertempuran yang berlaku. Empat elemen tersebut ialah:
i. Penyerang : syaitan
ii. Pihak yang diserang: manusia
iii. Tujuan serangan: menghalang manusia daripada syariat Allah.
iv. Bentuk serangan



Oleh: Hasnan Kasan
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
hasnan@pkrisc.cc.ukm.my

No comments:

Post a Comment