Pages

Tuesday, January 26, 2010

Misteri golongan penyembah syaitan

Pada tengah malam 9 Ogos 1969, di sebuah ruang tamu sebuah villa mewah bertempat di Cielo Drive, Bel Air Los Angeles, kelihatan 10 orang sedang berbual-bual. Salah seorang daripadanya adalah Sharon Tate, isteri kepada salah seorang pengarah Hollywood yang terkenal bernama Roman Polanski.

Tiba-tiba, beberapa orang lelaki berbadan tegap memecah dan merempuh masuk kedalam rumah tersebut, lalu memukul kesemua tetamu yang sedang bersantai dan berbual-bual itu.

Tidak cukup dengan itu. mereka kemudiannya menikam kesemua tetamu itu,termasuk Sharon beratus-ratus kali. Kemudian, sebelum beredar dari situ,mereka menggunakan darah kesemua yang dibunuh itu lalu melukiskan perkataan 'pig' betul-betul di depan pintu masuk ruang tamu villa tersebut.



Ketika Sharon dibunuh, perkahwinannya bersama Roman Polaski baru saja mencecah usia dua tahun dan lebih sadis lagi dia sedang mengandungkan anaknya yang sulung dan kandungan itu sudan pun mencecah lapan bulan.

Tidak lama selepas itu, pembunuh tersebut berjaya ditangkap oleh pihak polis. Ketika dibicarakan, pembunuh itu membuat pengakuan yang mengejutkan. bahawa mereka tidak kenal dengan siapa yang mereka bunuh. malah mereka tidak pernahbermusuh dengan kesemua mangsa. Pada malam itu, niat mereka hanyalahmahu mencari mangsa untuk dibunuh dan kebetulan, orang-orang itulah yang menjadi mangsa mereka! Siapakah sebenarnya lelaki-lelaki kejam itu?


Anton Lavey merupakan salah seorang pengasas gereja syaitan

Mereka itu sebenamya adalah pengikut sebuah ajaran sesat yang digelar sebagai Manson Famili. Gelaran Manson Famili diambil sempena nama kepada pengasasajaran sesat ini yang bernama Charles Manson.

Charles Manson pula adalah seorang penjenayah yang amat kejam. Dia mempunyai pengikut yang amat taksub. serta menganggap dirinya sebagai Nabi. Charles menggalakkan pengikutnya untuk menghisap dadah serta menjadikan pengikut-pengikul wanita sebagai hamba seks untuk dirinya.

Manson merupakan salah seorang lelaki yang mengamalkan ajaran syaitan yang digelar Satanic Group. Dia memberitahu kepada pengikutnya. bahawa dia adalah utusan Tuhan. sekaligus juga merupakan utusan syaitan.

Katanya kepada para pengikutnya. tidak lama lagi, dunia akan kiamat. dan selepas itu. "keluarga" mereka akan menguasai dunia. Tetapi, sebelum menguasai dunia, Manson mengarahkan para pengikutnya melakukan sesuatu jenayah sebagai satu ritual, dan selepas itu barulah 'keluarga' mereka boleh menguasai dunia.

Ketika Manson dibicarakan di mahkamah, dia mengakui bahawa dia pernah terlibat dalam 35 kes pembunuhan. namun ada sesetengah pihak mendakwa, jumlah itu lebih dari yang disebutnya.


Sharon Tate

Nama Manson mula menjadi sebutan pihak penguasa dan masyarakat awamapabila dia terlibat bersama enam orang pengikutnya membunuh pasangan suamiisteri. Leno dan Rosemary La Bianca, dua hari selepas kejadian Sharon Tate dibunuh.

Tujuan Manson ketika membunuh pasangan suami isteri itu, hanyalah kerana untuk menunjukkan kepada pengikutnya, bagaimana untuk membunuh orang dengan cara yang betul!

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Nasib malang Manson bermula apabila salah seorang pengikut wanitanya yang bernama Susan Atkins ditangkap kerana terlibat dengan pelacuran. Ketika di dalam lokap, wanita ini kemudiannya memberitahu salah seorang penjenayah di dalam lokap yang sama dengannya, bahawa dia adalah pengikut Manson dan terlibat dalam kes pembunuhan Sharon Tate di Villa Cielo Drive Bel Air. Tanpa disangka, penjenayah itu membocorkan rahsia Susan kepada pihak polis di balai tersebut.


Susan Atkin

Hasilnya, pada 1 Disember 1969 pihak polis mengepung rumah Manson dan menangkap lelaki itu bersama lebih kurang 30 orang pengikutnya. Begitulah satu contoh kisah salah seorang penyembah syaitan, yang menjadi perhatian ramai kerana kekejamannya.

Unluk makluman pembaca, kesemua penyembah syaitan menganggap Syaitan itu sebagai Tuhan. Mereka menggelar syaitan itu dengan beberapa nama seperti Lucifer atau Beelzebub. Penyembah syaitan ini seringkali mengadakan ritual yang digelar Black Mass.

Ritual ini lebih kepada satu penghinaan kepada salah satu ritual tradisi dalam agama Kristian. Dalam ritual tersebut, mereka akan menyeksa binatang yang kebanyakkannya terdiri daripada kucing. Selepas puas menyeksa binatang tersebut, mereka akan membunuh binatang itu lalu meminum darahnya.

Menurut beberapa laporan, terdapat 20 lokasi di sekitar Amerika di mana upacara pemujaan syaitan ini sering dilakukan. Kebanyakkan tarikh ritual tersebut diadakan sama dengan tarikh-tarikh ritual di dalam agama Kristian. Bezanya, upacara penyembahan syaitan ini tidak dilakukan secara terang-terangan.

Beberapa cendekiawan barat telah membahagikan penyembah syaitan ini kepada tiga kategori. Pertama, ia terdiri daripada anak-anak remaja yang bermasalah. Kedua, kumpulan orang awam yang bergerak secara tersusun dan yang ketiga, kumpulan yang bergerak secara rahsia dibawah pertubuhan-pertubuhan tertentu.

Sejak akhir-akhir ini. beberapa pengkaji barat mendapati, bahawa ajaran songsang ini telah berkembang dengan lebih cepat, terutama di kalangan remaja. Golongan ini dapat dikenali dengan cara mereka berpakaian, dan juga corak muzik yang mereka dengar.

Boleh dikatakan pada hari ini, imej sebagai seorang penyembah syaitan itu seringkali ditampilkan melalui pakaian dan muzik. Aliran muzik Black Metal juga dikatakan sebagai salah satu cara untuk mengembangkan ajaran songsang ini dikalangan anak-anak muda.

Antara kumpulan Black Metal terkenal yang mempopularkan metodologi ajaran penyembahan syaitan ini ialah Black Sabbath, Venom, Slayer, Sodom dan juga Mercyful Fate.

Tetapi, sudah tentunya, faktor seseorang itu terpengaruh dengan ajaran sesatini bukanlah hanya kerana terpengaruh dengan kumpulan muzik black metal semata-mata, tetapi faktor yang lebih utama, ia disebabkan oleh jati diri dan pemikiran seseorang manusia itu sendiri.

Read more: http://www.maxx.my/story.php?title=misteri-golongan-penyembah-syaitan#ixzz0dgIyQmLm
Under Creative Commons License: Attribution

No comments:

Post a Comment