Pages

Wednesday, January 27, 2010

Novel Isabella

terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perwatakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.
Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , “…padahal paderi-paderi Kristian itu…..” Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian. Salah seorang pemuda itu berkata, ” Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?” Terdengar ketawa kecil kawannya. ” Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…” Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, ” Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya”. “Diamlah! ” herdik Isabella, “Nanti mereka tahu kita ada di sini”. Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, “Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita.”………….. Surat itu berbunyi : ” Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami.Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.” (hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu. Kemudian surat itu dibalas oleh Umar … ” Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …” (Hamba hina agama Islam) (Umar Lahmi) …………. Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahasan telah ditetapkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad.


ISABELLA -Part 2 -Pertemuan Pertama

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memasuki dewan gereja itu, keliihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang. Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam. “Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian”. Kata Micheal.” Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian”. Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam. Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keadaan, berkata: ” Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan”. “Baiklah”, ujar Peter, “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya”. “Mula-mula…” Umar Lahmi memulakan bicara, ” cuba beritahu saya apakah ”jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?” “Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama.” Jawab Peter dengan cepat. “Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi lagi. “Dikri bagaimana? Saya tidak faham,” jawab Peter. Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan. “Tuan faham benar-benar perkara itu” kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. “Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan”. “Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar”. “Begitulah pula yang saya maksudkan,” kata Umar. “Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN.”

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ”;Roh Kudus” dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.” Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi. “Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama,” kata Peter membantah. “cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama”. “Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga,” (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. “Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ”Putera Tuhan”? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?” “Kami tidak tahu apa-apa,” jawab Peter debgan suara perlahan. “Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa.” “Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, “Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.” “Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa,” Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. “mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ”WALI” yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ”hukum-hukum agama itu satu kutukan” adalah tidak benar?” Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. “Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib”. ” Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini,” ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter. Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: “Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ………” Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik ” Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu…”

ISABELLA -Part 3 ERTEMUAN KEDUA -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?.

Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; “Kelmarin kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Peter menjawab. “Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita bincangkan dulu.” “Terima kasih,” kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah AL_FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk.

Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihat ke depan. Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya. Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah. “Dia tak apa-apa,” kata Catherine, sahabat Isabella. “Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu.” Keterangan itu tealah mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan Islam. Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian berdiri dan berkata: “Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus itu. Pertanyaannya : Apa keperluannya yang khusus maka ”Putera Tuhan” membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan itu sahaja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya sebagai ”penebusan dosa semua orang yang berdosa”. Apa sebab istimewa ”Putera Tuhan” telah DISALIB?” Para paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan.

Sejurus kemudian mereka memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu walaupun dia kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai sikap kebapaan dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar. “Untuk penebusan dosa ”Putera Tuhan” diperlukan, kerana orang lain, baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu Tuhan Jesus Kristus yang satu-satunya ”Putera Tuhan” dan bebas dari dosa, maka dia dikorbankan untuk > kepentingan semua orang yang berdosa.” “Baiklah,” kata Umar. “Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti tuhan yang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya, kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan” “Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan dosa,” kata Peter. “Itulah,” jawab Umar Lahmi. “Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa, maka ”Tuhan” sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas dari dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan tidak ciptakan seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah ”TUHAN” sendiri MATI di atas tiang salib kerana penebusan dosa.”

Peter menjawab, “Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita tidak boleh kata kenapa kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri datang ke dunia untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasih sayang-Nya yaag agung terhadap kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya sampai ke tingkatan mengutus putera tunggal-Nya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusia-manusia lain. Tujuan ini tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain.” “Jikalau kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya, kenapa Dia tidak mengutuskan ”puteranya” itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh tuhan? Apa sebab Dia baru menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?” Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang. Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab. “Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui oleh Tuhan sahaja.” “Pertanyaan saya masih beleum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN berulang-ulang tidak akan menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka kedatangan tuhan ke dunia ini sia-sia belaka. Orang lainpun boleh dikorbankan juga.” “Saya sudah menjawab,” ujar Peter. “manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri begelemung dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurniaan dan tidak berdosa.” “Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa, maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya..” Umar Lahmi berhujah. “Tuan Paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun tidak menyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Apa salahnya jikalau ”Putera Tuhan” itu berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak payahlah Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhanan dan kemanusiaan.

Penawar bagi dosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai penebus dosa, dan bukannya membunuh diri untuk penebusan dosa.” “Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya . Adalah biadap kalau kalau mahu mencapai darjat Tuhan.” Peter menjawab. Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar itu sebaliknya dia berkata” Tuan tahu bahawa Kristus dilahirkan dari rahim Marian Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan dengan manusia dan Tuhan, yakni apakah yang dilahirkan itu ”Tuhan” atau ”Manusia”?” “Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang dilahirkan,” jawab Peter dengan nada yang agak gugup. “Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?” ujar Umar lahi. “Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan di dalam Kristus,” jawab Peter lagi. “Kalau begitu,” kata Umar, “kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan bukan ketuhanannya.” “Benar. Memang benar,” jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh. Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal. “Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar.” Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia mengambil kitab Injil pula. Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. “Cuba lihat, di sini ada tertulis ”Masakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?” dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga begelimang dosa.” Umar membuka halaman lain pula. “Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahawa ”upah dosa ialah maut” yakni kematian ialah bukti YANG MATI itu penuh dengan dosa.

Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: Apakah sebabnya Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya yang dapat diselamatkan? Menurut tuan , seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa.” Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari dahi dan pipinya. “Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya. Bagaimana tuan atau saya boleh mengkritik-Nya?” Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir berkata: “Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban ketuhanannya saja, kenapa tuan jemput kami ke mari, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami yang sia-sia saja?” Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi, berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan. Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu jawapan daripada paderi paderinya tentang kata-kata Umar yang agak pedas itu. Tiba-tiba Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam diri, dan berkata, ” Saudara-saudara. Hari ini adalah konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara telah tahu apa itu agama Islam? Ia mewajibkan kahwin empat isteri, Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan…….” Umar Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata: Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus terang, dan kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan terhadap Islam boleh dikemukakan, dan saya dengan gembira akan menjawabnya satu-persatu.” Dia kemudian memalingkan badannya kepada hadirin, “Di mana letaknya moral tuan-tuan ini, kami dipanggil ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang meghina.” Dia berpaling ke arah Isabella. “Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?” Isabella dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah berkata: “Saya berasa dukacita bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa Micheal tidak pernah memberi jawapan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.

Permintaan saudara Umar adalah adil……” Peter terus menegur. “Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu.” Peter kemudian berucap kepada hadirin. “Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah hilang ingatannya.” Catherine, kawan Isabella segera menjawab” Malang sekali tuan-tuan sedikitpun tidak berlaku adil dan kepada Isabella pula tuan-tuan semua timpakan semua kesalahan…..” Peter melonjak bangun dan dengan nada marah berkata.”Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan mereka berada disni?” Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para paderi dan hadirin sibuk dengan berurusan mengenai masalah Isabella dan kawan-kawannya. Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi dengan suara yang nyaring merdu membaca beberapa ayat Al-Quran dari Surah Mariam. Seluruh hadirn terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada yang biasa diperdengarkan di dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka dengan hujung jari khuatirkan ayat-ayat Al_Quran itu menembusi masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmahan orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan tenang.

ISABELLA -Part 4 : Bedebat dengan Ketua Paderi

Isabella mula membuka mulutnya untuk berkata, “Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan…..” ucapan Isalbella, tiba-tiba dipintas oleh Peter. “…Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke mari pun bukan itu tujuannya,” kata Peter. “Tetapi andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dahulu.” “Baiklah!” ujar Umar Lahimi. “Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan menjawabnya.” “Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab Injil?” tanya Peter. “Sudah tentu Al-Quran memuji Kitab Injil dan kami orang Islam percaya dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi,” ujar Umar. “Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?” kata lagi Peter. “Kerana ia BUKAN KITAB INJIL,” jawab Umar Lahmi. “Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi(karangan) dan menamakannya ”INJIL”, maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran.” “Jadi, Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami? Buktinya?” Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk memerangkap Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan, menghadapi masalah itu dengan tenang. “Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab Injil yang tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ”INJIL” ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri.” “Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?” tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di depannya lalu membuka. “Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46 – 53, Jesus telah menolak mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya murtad, padahal Al-Quran kami menyebutkan ”SIDDIQA” yang bererti dia bukannya murtad tetapi seorang yang beriman dan warak.

Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya, meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi Al-quran menyebutnya, bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata bahawa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti bahawa Kristus telah d! ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci Al-Quran* menyebut ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Allah” dan bahawa ”Al-Masih Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah.” (*nota: Al-Quran surah 3, ayat 45) . Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari khayalak ramai. “Itu salah! Injil mengatakan dia(Isa) itu Tuhan”. “Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki,” kata Umar menjawab suara sumbang itu. “Yang patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah! cuba pilih apakah ”TUHAN” yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?” Peter menyampuk, “Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada kami.” “Tuan tidak berhak memintanya daripada kami !. Jika tuan telah mengakui terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada waktu itu barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh di atas salib menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran dirakamkan kata-kata Kristus. ”INNI ABDALLAH” -aku hamba Allah dan padahal mereka tidak membunuhnya dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat 157).

Apakah Al-Quran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?” “Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Tuhan”? Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?” Peter bertanya. “Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ”Kalimat Allah”, tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah” itu tidak terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ”Kalimat Allah” kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah satu daripada ”Kalimat Allah”. Mengenai Kristus menjadi ”Roh Kudus” maka hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ”Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku, maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud” * (*nota: Al-Quran surah 15, ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa dengan Adam. Jikalau Kristus menjadi ”Tuhan” maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ”Tuhan”.” Peter segera menyampuk, “Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ”Roh Kudus” yang lain selain dari Kristus.” Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan si paderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang. ”Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu salah, tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh Al-Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia( ISA ) BUKAN Tuhan, begitu juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ”Tuhan” kerana ”Roh Kudus”, maka Adam a.s. juga ”Tuhan”. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam hal ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?” Mendengar jawapan Umar itu, Peter menjadi agak gugup.

Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya. “Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun Injil itu telah disusun oleh murid-muird Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran juga memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman. Injil ini telah dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia,” kata Micheal cuba mengutarakan hujah baru. “Persoalannya,” jawab Umar dengan tenang. “Ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus untuk tujuan itu, atau beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa murid-murid Kristus yang menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku Injil yang disusun itu! Al-Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID, yang kira-kira maksudnya, ”Kami berikan kepadanya Injil” dan di dalam Surah MARIAM ayat 30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ”Putera Mariam berkata: ”Sesungguhnya akau adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan kepadaku Kitab(Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.” Nah!, tuan-tuan mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus, sedangkan Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu DIWAHAYUKAN kepada Kristus.”

Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu terganggu apabila bapa Isabella(Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul. “Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah becakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan perbuatan kamu ini telah menganggu kepercayaan orang-orang Kristian.” Tempelakan ketua paderi iru membuat para paderi yang berada dalam majlis itu tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah, menjadi pucat lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika. “Bapa yang suci. Apa yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang yang tidak beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin kita diperhinakan dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami(para paderi) meletakkan harapan bahawa bapa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Islam ini?” Bapa Isabella, ketua paderi itu terdiam sebentar. Air mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan. Setelah berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. “Amat malang, kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang Islam ini dibawa kejalan yang benar sesudah mendapat jawapan yang memuaskan?” Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab. “Ya! Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis.” Mendengar jawapan itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya, “Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya meminta maaf bagi pihak yang hadir.

Saya ingin mempersilakan sekali lagi tuan datang semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak tuan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana.” Keesokan paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi dengan Ketua Paderi diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi lain turut menjadi pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk dengan selesa, ketua paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. “Saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya akan becakap SEPATAH-DUA kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang BENAR. Bukankah begitu?” “Saya tidak ada bantahan. Memang benar, hanya melalui ajaran sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya.” kata Umar Lahmi. “Bagus. Bagus!” ujar si Ketua Paderi dengan suara gembira. “Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan akan segerea dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin nyatakan bahawa dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.

Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?” “Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu,” jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . “Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan.” Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. “Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ”KASIH” . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga.” Umar Lahmi bingkas menjawab, “Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ”TAUHID” kata Umar Lahmi.

ISABELLA -Part 5 : Kasih atau Tauhid

“Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami(orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami,” ujar Ketua Paderi itu. “Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan,” jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, “Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid.” “Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah.” Umar Lahmi menghujah kata-kata Ketua Paderi itu. “Tuan telah memulakan semula perbincangan yang panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam,” ujar ketua paderi itu. “Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam,” sahut Umar dengan cepat.”maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti.” Ketua Paderi itu mulai meradang.

Air mukanya, berubah. “Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?” “Cuma pengakuan mulut saja,” kata Umar Lahmi. “Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima.” “Kini tuan membuat definasi tentan kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?” Umar Lahmi juga sudah mulai gusar. Lalu dijawabnya. “Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih sdaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, amka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati. Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w “Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah.” “Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?” Ketua Paderi itu bertanya. “Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan ”bapa” , ” jawab Umar Lahmi. “Mulut tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan.” Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan marah.

Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit. “Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan ”bapa”?” Melihat kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata: “Tidak ada sebab untuk tuan niak marah. Saya hanya mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang akan mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami orang Islam menggunakan perkataan ”RAB” yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaan-Nya tidak pernah berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan ”RAB”, Islam telah mengajar bahawa pemeliharaan kasih Allah terus-menerus ada. Tetapi konsep ”bapa” membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak akan diambil peduli lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya di dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan orang yang di dalam pemeliharaan Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagipun, perkataan pemeliharaan menunjukkan ”Keesaan Allah (tauhid)” sementara perkataan ”bapa” pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia.” Ketua Paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi dia cuba juga menjawabnya dengan berkata: “Pengaruh pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa.” “Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah mengaburi pandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu,” kata Umar. “Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya. Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara.

Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir. Bukankah itu pekerkaan ”RAB” yang kita saksikan setiap hari?” “Kitab Suci Injil mengatakan bahawa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?” kata Ketua Paderi. “Keterangan dari Injil itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahawa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa.” kata Umar berhujah. “Itukah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ”RAB” tetap berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim .Al-Quran dalam Surah Al-An”am ayat 164 antara lain ada mengatakan” ”Dan tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain.” Tetapi bapa tuan membunuh anaknya sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang tidak bersalah dan tidak berdosa dikatakan ”KASIH”, maka kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih.” Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata, ” Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?” Dia kemudian memandang Umar Lahmi. “Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari hanya menggusarkan saya saja.” Kemudian dia berpaling kepada paderi-paderi yang lain. “Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga.” “Tapi tuan…” Umar Lahmi mahu membantah. “Tutup mulut tuan.” Ketua Paderi itu membentak. “Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan tentang apa yang tuan ingin berbincang dengan kami..” Sambil menghucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun lau keluar dari dewan itu. Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, “NASRUN-MIN-A-ALLAHI WAFAT-HUNQARIB”. (*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ”Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat”). Mereka semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas, sementara para paderi serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan terkejutnya kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Isabella hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk malu terhadap tindakan bapanya, ketua paderi itu.

ISABELLA – Part 6: Isabella menerima sinar Keislaman.

Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat keilmuan sedunia. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka sering mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat. Ziad bin Umar merupakan salah seorang daripada ahli falsafah, pentafsir Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat kediamannya terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cordova. Biasanya, sesudah selesai Isyak, orang-orang yang hauskan ilmu, akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan di antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun bertanya akan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi. “Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada usaha-usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu. Anda telah menyampaikan seruan Allah.” Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,”Semuanya adalah berkat doa dan perhatian anda semua juga”. Satu suara lain terdengar di antara para hadirin.” Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isalbella.” “Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk agama Islam.” jawab Umar Lahmi. “Isabella ada di sini?” tanya Ziad dengan nada gembira. “Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau ada izin daripada saudara, maka dia boleh dibawa mengadap,” jawab Umar. “Sudah tentu. Bawa Isabella kemari,” kata Ziad. Isabella dijemput masuk ke majlis itu. “Anakku Isabella,” ujar Ziad. “Saya bersyukur dan megucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran.” “Bapa yang mulia….” Isabella mula berkata. Tetapi Ziad mengangkat tangannya menyuruh dia bersabar. “Anakku,” kata Ziad. “Panggilan yang serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam Islam ada persamaaan hak yang sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Menjadi tugas setiap muslim untuk megikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya.” Isabella berasa malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya. “Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain.” “Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan saudara atau kalau mahu ditambah, gunalah perkataan tuan sahaja,” kata Ziad. “Anakku,” kata Ziad kepada Isabella. “Dengar baik-baik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang ada di dalam dirimu. Jangan sesekali kerana kecurangan atau muslihat. Allah mengkehendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut bahawa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjala, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan hidupnya.” “Saya mengaku bahawa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam ini bukanlah kerana nafsu atau muslihat. Juga bukan kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang penghormatan yang diberikan kepada kepada bapa saya di Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol,” Kata Isabella. “Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepadamu dan memberikan keteguhan serta nikmat-Nya yang tidaj terhingga,” ujar Ziad. “Amin!” Semua hadirin serentak mengucapkannya. “Apakah ada orang lain yang telah mengikut kau untuk menganut Islam?” tanya Ziad. “Ya, tuan. Empat kawan saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada agama Kristian dan sudah tertarik kepada Islam,” ujar Isalbella. “Dengan izin Allah, esok atau lusa saya akan membawa mereka ke mari supaya segala sisa-sisa keraguan dan syak wasangka tentang Islam dapat dibersihkan melalui penjelasan yang akan diberikan oleh pihak tuan. “Saudara Isabella,” Umar Lahmi mnyampuk. “Siapakah gerangan kawan-kawanmu itu ? ” “Salah seorang daripadanya adalah anak guru teologi saya, Paderi Micheal. Mereka semua pernah mengikuti perbahasan tuan,” ujar Isabella. Maka pada hari itulah, secara rasminya Isabella telah memeluk agama Islam dan kini sedang tekun mendalami Al-Quran serta ilmu-ilmu agama.

ISABELLA – Part 7 : Surat Isabella kepada bapanya

Surat daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka dan dibaca oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan para paderi lain di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja itu. “Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan> membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan yang abadi.” “Bapaku yang dihormati! Ketahuilah bapa bahawa anakmu ini telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya perturunkan di sini perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapa.” “1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun yang sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya, maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran.” “2. Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi TIGA: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia, maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia? Kitab suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai Putera Tuhan, maka mereka telah memfitnah Tuhan!. Al-Quran telah mengajar bahawa Kristus, seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi adalah sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia, makhluk dan bukannya pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabahnya ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian amat mengusutkan dan tidak masuk akal!”.

“3. Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan bebas dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah meyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukum-Nya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi adalah perbuatan syaitan. Agama KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi Adam menyebabkan semua manusia berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.” “4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya (*NOTA: Al-Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain, tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua perbuatannya, maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia itu ajaran-ajaran kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat kebajikan. Tetapi agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan dan dia menjadi penebus semua orang yang berdosa itu. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya ‘Putera Tuhan’. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia itu tidak berguna dan memalukan sementara di satu pihak yang lain menjadikan seseorang itu hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu perlanggaran kepada kesucian Tuhan.” “5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan kedunia, maka ia telah menerangkan semua kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran itu telah dicemarkan.

Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM membantah tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang telah dibuat oleh sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan lain, kerana usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian. Orang-orang Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenarannya, maka tidak seorangpun yang mahu mengangapnya malah sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak sahaja MEMANIPULASIKAN kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun itu telah diletakkan di hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena langsung dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran, terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Oleh sebab itu saya MENJEMPUT semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman.” ” 6. ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan memerintahkan pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Tetapi di dalam agama KRISTIAN, tidak ada SECEBIS tandapun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahawa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zina, tetapi tidak pula menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh siisteri ke atas ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataanpun di dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.”

“7. ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyedian tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal nafsunya secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; ‘Barang siapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barang siapa beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhingganya’ (*NOTA: > Al-Quran, surah 40, ayat 40). Tetapi di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu aspek sahaja, iaitu yang melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau dia menampar pipi kiri, mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya. Betapa pengajaran yang serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara. maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?” Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilsutrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman! Saya juga mendoakan bapa ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!” Anak bapa, Isabella.

ISABELLA – Part 8 : PERCANGGAHAN FAKTA/AYAT DI DALAM BIBLE(INJIL)

Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para cendekiawan Islam, Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam.”Tuan yang dihormati.” Umar Lahmi mencelah. “Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam.” “Kemudian Ziad memandang kepada kawan-kawan Isabella sraya berkata, ” Jadi inilah kawan-kawanmu itu?” “Ya tuan,” jawab Isabella berpaling memandang kawan-kawannya yang duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya amat berlainan sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka(Kristian). “Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine dan Hanana.” Umar Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata” Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?” Mirano bersuara, “Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang beberapa perkara,” katanya. “Baiklah,” kata Ziad. ” Kami tidak keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik menerima agama ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya.” Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata, “Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam.” Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus hati akan keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang hadir menadah tangankan tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memeang sudah dibawa dari awal. Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. “Menurut orang-orang Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN hukum-hukum itu.

Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan.” “Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah.” ujar Umar Lahmi. “Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah PEMBENARAN. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu HUKUM dan KESEMPURNAAN. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al_Quran, surah Al-Ma”iadah ayat 48, yang maksudnya kira-kira begini: ” Dan kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahawa dia daripada Allah, sedang dia pula membenarkan Kitab-kitab Ketuhanan-yang terdahulu daripadanya serta menguasainya”. Tetapi, ” kata Umar lagi. “Injil itu sendiri tidak pernak menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan.” “Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya,” kata Mirano. “Kemudian kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?” “Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen,” jawab Umar Lahmi. “Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran mengakuinya?” tanya Mirano lagi. “Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil ASLI, bukan yang dipalsukan dan yang dibuat-buat,” jawab Umar. “Kata orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui oleh Al-Quran,” kata Miranao. “Baiklah!” kata Umar sebagai menjawab kata-kata Miranpo itu. “Saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia menyetujui kitab Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33, kira-kira sebagai berikut: ”Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah lemah”. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahawa ”menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukan dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah meyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.” BERHENTI BEKERJA,” kata Umar Lahmi, “bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari kerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahawa Tuhan itu berasa PENAT. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab Injil, keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran dalam surah Al-Ma”idah ayat 72 ada mengatakan kira-kira begini: ” Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al-Masih anak Mariam, sedangkan Al_Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong”. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apak! ah kitab Suci Al-Quran itu mengakui atau menolak Injil ?”

Mirano dengan gembira terus menjawab. “Tidak syak lagi bahawa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya.” “Sekarang, ” kata Umar Lahmi. ” saya akan memberikan satu PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran itu sebagai batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Surah An-Nisa” ayat 82 ada disebutkan: ”Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak”. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu jelas menegaskan bahawa kecuali kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang bebas daripada PERTENTANGAN (contradiction), kerana manusia tidak kalis daripada kesilapan dan kekeliruan dan walaubagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielakkan. Dan buku yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau tidak, (barang dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?” “Prinsip itu cukup wajar dan adil ,” jawab Mirano. “Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dfari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?” “Banyak sekali pertentangannya,” jawab Umar Lahmi. “Kerana terlalu banyak sangat pertentangannya, maka para pembacanya menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba prinsip-prinsip tadi, saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudari Mirano, cuba beritahu saya?” Mirano teragak-agak sebentar. “Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22,” jawab Mirano kemudian. “Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu betul?” “Bagaimana boleh kedua-duanya betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah kedua-dua itu dikatakan benar?” Mirano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar itu. “Nah, sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh 22:2-3. Di mana disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Raja-raja 8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah menjadi raja umurnya sudah 22 tahun! Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?” “Tidak!” jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya. “Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah.” “Masalahnya,” kata Umar lagi. “Mana satu satu di antara keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan bahawa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada LAPAN RATUS RIBU orang yang dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata itu, tetapi di dalam kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah SEJUTA SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua keterangan ini benar? “Tentulah salah satu sahaja daripadanya benar,” jawab Mirano. “Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin daripada Tuhan,” kata Umar Lahmi. “Tidak mungkin,” ulang Mirano. “Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah.” “Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebu Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan-kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah.” “Subhanallah!”” keluh Mirano. “Ini adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya Kitab-kitab Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh memahami dua kali dua empat.” “Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang 3 orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata tombak saja telah dapat membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good News Bible) Tetapi di dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang sahaja dengan tombaknya.” (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8, nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11 ialah Yasobam bin Hakhmoni.) “Oh, terlalu jauh perbezaannya,” kata orang-orang yang hadir. “Agak aneh,” bersungut Mirano. “Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok.”

“Mereka boleh melihat kesalahan -kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keteranagan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul,” kata Umar. “Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang terlalu patuh kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?” “Subhanallah!” sahut Isalbella. ” Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak diturunkan, necaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan diketahui,”. Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu menyambung. “Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak lebih daripada satu ”APOCRYPHAL” atau sumber yang diragukan dan disamping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepeada ketetapan gereja.” “Ya,” ujar Mirano. “Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah satu persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan.” “Sekarang mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu,” kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai Kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka. “Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak untuk menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang dijauhi Allah, Jesus Kristus telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat menyesal lalu pergi kepada imam-imam ketuanya dan berkata: ”Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tidak bersalah”. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri.

Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat 18, ada disebutkan bahawa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya itu telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup, perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya terburai keluar.” Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isi perutnya terburai keluar. Inilah DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua buah Kitab Injil yang berbeza pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi beerti ketika Roh Kudus itu pergi kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai pembohong dan menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walaubagaimanapun adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah, daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut membuat dosa. “Nyatalah bahawa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya itu untuk mencapai sesuatu maksud,” sampuk Mirano. “Itu pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan,” kata Umar tanpa menghiraukan komen Mirano itu. “Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH INJIL YANG SAMA.

Saint Paulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya danketiga-tiganya itu BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah ”BERBOHONG” di tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahawa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota itu, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ”Kenapa menganiayai aku?” Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis bahawa Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah. Nah! cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?” tanya Umar Lahmi. “Tidak mungkin,” jawab Mirano cepat. ” Ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan.” “Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?” tanya Umar Lahmi. “mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan selalu meimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Sekalipun jawapan mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahawa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu.

Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan apapun juga hanyalah NONSENSE semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahawa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah HILANG! kewibawaannya dari sudut manapun juga.” “Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?” tanya Isabella. “Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah-payah mahu membuat perbandingan lagi,” kata Umar. “Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang anehnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya. Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur suapaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim ulama yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri.

ISABELLA – Part 9 (bahagian AKHIR) : ISABELLA BERDEBAT DENGAN WANITA(RAHIB) KRISTIAN

Masa berjalan begitu cepat, sudah 10 tahun berlalu sejak Isabella dan kawan-kawannya melarikan diri dari ibu bapa mereka. Dalam masa empat tahun itu, mereka telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan tentang agama Islam juga cukup medalam. Isabella kinimenjadi tumpuan kaum wanita di Cordova. Dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi gelaran MUHADDISA – salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Isabella telah masyhur di seluruh Sepanyol kerana ilmunya. Dalam masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang ada kaitannya dengan hukum-hukum Islam. Pada suatu hari, berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol, bahawa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan menyakinkan tentang kebenaran agama Kristian sehingga alim-ulama Islam yang terkenalpun agak susah mahu menolaknya. Selain itu, dia dikhabarkan mempunyai mukjizat yang menyebabkan dia mendapat tempat teristimewa di dalam hati penganut agama Kristian. Dia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan. Wanita Kristian ini telah mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam 10 tahun yang lalu. Dia lalu memgumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa jikalau Isabella menemuinya, dia akan membawa kembali Isabella kepangkuan agama Kristian dengan mukjizat dan kekuatan hujah-hujahnya. Berita itu heboh di seluruh Sepanyol hingga sampai ke telinga Isabella ketika berada dalam satu perhimpunan agama. “Saya telah juga mendegarnya,” kata Isabella apabila ditanya oleh seorang pelajarnya mengenai wanita Kristian itu. “Bahawa dia itu terpelajar dan ilmuan pula.

Malah menurut dakwaan orang-orang Kristian, tidak ada alim ulama Islam yang boleh menandingi pengetahuannya tentang Kitab Suci Al-Quran dan Hadis. Jikalau dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita, silalah datang kemari dengan segala penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.” Seperti yang dijanjikan, pertemuan Isabella dengan wanita Kristian itu telah diadakan di Insititutsi Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya. “Kahabarnya, anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima, (barang dijauhi Allah), agama palsu, iaitu Islam. Kata perempuan Kristian itu. “Lebih baiklah setelah sudah perdebatan ini anda kembali ke agama Kristian.” Isabella tersenyum mendengarnya lalu menjawab. “Biarpun saya dibakar hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun demikian, kerana anda datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian? Dalam Injil, Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka khusus.” “Apakah ada tertulis di dalam Injil, bahawa pintu agama Kristian itu tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?” Tanya perempuan Kristian itu dengan nada sinis. “Ya, ada ditulis di dalam kitab Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan: ”WA RASULAN ILA BANI ISRAEL” yakni Jesus Kristus itu diutuskan sebagai nabi Israel(Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-Quran ada disebutkan: ”WAJA ALNAHUMISLAN BANI ISRAEL” : yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel . Dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia.” “Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi. “Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahawa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil adalah SAMA. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan: ”kedua belas orang murid itu telah diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka: ”Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!” . Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan: ”Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ”Kasihanilah aku, wahai anak Daud,kerana anak perempuanku telah dirasuk sayitan dan sangat menderita.” Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya. ”Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-teriak.” Jawab Jesus: Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Isreal”. Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus Kristus TIDAK diutus sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang Isreal sahaja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda?Mengajak orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah menderhakainya, kata Isabella dengan nada sinis. “Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahawa Injil tidak boleh diajar di mana-mana. “Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek. “Jangan membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong,” kata perempuan Kristian itu. “Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis. ”Dia berkata kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa”. Lihat betapa jelasnya untuk mengkristiankan seluruh umat dunia.” “Anda barangkali tidak tahu,” kata Isabella. “Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil yang awal(asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukakan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi.” “Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” kata wanita Kristian itu agak terperanjat. “Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan naskah-naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu.(*NOTA: di dalam edisi bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir .) “Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawapannya.” Ujar perempuan Kristian itu. “saya akan mejawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai menerima agama Islam?” “Mengenai hal itu, saya telahpun berbincang secara terperinci dengan paderi anda. Tanyalah kepada mereka,” kata Isabella. “Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu. Sekarang, cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam itu yang telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian itu. “Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya mencintai Islam, ” kata Isabella. “Kenapa anda enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan itu terus mendesak. “Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan jangan anda cuba fikir bahawa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak dan yang batil biar se-terang hari siang. Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih tinggi: PERADILAN lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM RAHMAT itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?” “Kedua-duanya itu tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya,” Jawab Isabella. “Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya kembali kepada Isabella. “Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil adalah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus sahaja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum rahmat?” “Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan dengan andaian bahawa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.” “Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peadilan ataupun hukum-hukum rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu. Isaballa lantas menjawab, “Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya,PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu. Dalam Al-Quran, Surah 42 ayat 40 ada disebutkan kira-kira begini: ”Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya.” Inilah hukum-hukum PERADILAN dan selanjutnya ayat itu diakhiri dengan ”Barangsiapa yang memberikan maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim.” Ini ialah hukum-hukum RAHMAT,” kata Isabella. “Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 126 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan ke atas kamu”. Ini ialah PERADILAN dan ”Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar”. Ini RAHMAT. Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat 280 ada disebutkan kira-kira begini. ”Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang, maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya”. Ini PERADILAN lagi. Tetapi ”kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi kamu menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui”. Itu RAHMAT lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi pengertian tentang PERADILAN dan RAHMAT.” Perempuan Kristian itu lalu menyampuk. “Quran menyuruh mengambil tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas.” “Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN! ,”jawab Isabella dengan segera.

“Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah , maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN penggunaan kedua-duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.” “Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara yang baik dari kami,” kata perempuan Kristian itu. “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka, sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahawa contoh dari Injil dan Tuhan kami sahaja yang boleh membawa kepada keselamatan.” “Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi itu adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang” Isabella membalas, “tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruknya moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas. Jikalau seseorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan sahaja. Nabi kami(Muhammad s.a.w) memiliki kekuasaan moral ini, sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda, tetapi baginda membebaskan kesemuanya dengan berkata: “Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!” Kalau baginda mahu, baginda dapat mencincang-cincang mereka itu, kerana baginda sedang menunggu perintahnya saja.

Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada kuasa untuk membalas dendam maka apa lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf? Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya maka dia bukanlah kemaafan.” “POOOOH!, Isabella!” Perempuan Kristian itu mendesit. “Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun.” “Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya mahu mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan tentang anggapan anda terhadap baik atau buruknya peradilan.” Isabella terus bertanya. “Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?” jawab perempuan Kristian itu. “Bagus. Nah, cuba beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?” “Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar?” Tuhan kami membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.” jawab perempuan Kristian itu.

“Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah RAHMAT kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang PEJUANG dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup,” kata Isabella. “Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella,” ujar perempuan Kristian itu. “Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?” “Kalau menerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang nabi perdamaian dan keamanan dan dia selama hidupnya tak pernah berperang? Tetapi nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di pihak lain seperti Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus,” kata Isabella. “Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan,” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.” “Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan,” kata Isabella.

“Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. “Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita teruskan.” “Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?” tanya Isabella. “Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar, kalau tidak ia adalah palsu,” kata perempuan Kristian itu. “Kerana bagi tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan mukjizat.” “Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella. “Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu. “Apakah ada nabi-nabi yang terdahulu yang telah memberitahu tentang kedatangannya?” “Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari mukjizat melebihi Jesus sendiri,” kata Isabella. ” Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?” Jawab perempuan Kristian itu dengan nada yang agak marah. “Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk menolaknya,” ujar Isabella. “Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan,” jawab perempuan Kristian itu ringkas. “Peranan apa?” tanya Isabella cepat. “Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini.” Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir.

Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan pandangan yang kosong. “Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu.” Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak. “Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktian.” “Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan,” kata perempuan Kristian itu. “Apakah bukti bahawa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah MUKJIZAT SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh dunia, andaikata iaitu rekaan dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya.

Buatlah kira-kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau tuknag sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan.” “Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan BERKAHWIN EMPAT ? Dengar sini! Tuhan kami telah mengatakan bahawa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa.” “Kitab suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi KELULUSAN untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama, mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutuskan ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan. Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain.

Dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus”. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami bukan sahaja dia itu menjadi kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini. Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: ”wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan”. Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallaalaihi wassalam telah mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas, bodoh, pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannya kerana seperti yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka itu, sebahagian daripadanya tidak jujur.” “Anda bercakap terlalu banyak,” kata perempuan Kristian itu. “Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan kepada nabi anda.” “Nasihat saya kepada anda,” kata Isabella pula. “Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu daripada anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik.” “Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjuzat saya,” jawab perempuan Kristian itu. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawapan itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya.

Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah dengan hati yang gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadannya itu berkata: “Barangkali anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.” “Saya tidak akan bangun,” jawab perempuan Kristian itu. “Selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatalan. Barangkali juga anda yang letih.” “Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa sebarang halangan sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain,” jawab Isabella. “Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai,” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. “Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?” “Jikalau Islam tidak datang,” jawab Isabella. “Kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajar manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab mengapa Islam diperlukan. 1. Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu. 2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar matahari ketauhidan Allah dan menyembah zat kebesaran Allah dan kekuasannNya yang tulen kepada dunia. 3. Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.

4. Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN PERBUATAN JAHAT mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi yang terdahulu. 5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu sahaja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah MENGISI KEKESOANGAN jurang itu dan setelah MENYEMPURNAKAN tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh manusia sehingga Hari Kiamat. “Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?” Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab. “Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.” “Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebutkan keperluan-keperluan itu,” jawab Isabella. “Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu.Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia sekarang ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya.

Jikalau ada orang yang mengatakan bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu daripada Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnyaseluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam itu.” “Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahawa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya,” kata perempuan Kristian itu. “Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidakperlu kahwin, jawab Isabella. “Tetapi sebaliknya nabi kami,Muhammad sallalla alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.” “Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain,” kata perempuan Kristian itu. “Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah mengakui bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!” Isabella menempelak. “Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia,” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari perangkap yang disediakan oleh Isabella. “Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definasi manusia yang sempurna?” “Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak akan dapat apa-apa kesukaran,” jawab perempuan Kristian itu. “Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir kini anda telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima,” kata Isabella. “Anda telah mengatakan bahawa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini.

Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikut dalam kehidupan Tuhan anda itu?” “Tuhan kami tidak pernah berperang dalam peperangan apa pun dan tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul,” jawab perempuan Kristian itu agak gugup. “Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati yang contoh standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella. Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata: “Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan kehidupan fizikal?” “Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tida syak sedikit pun bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tatapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak besar sikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatimdan janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatuh tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badardan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannnya di dalam siasat peperangan. Baginda mengadakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara,jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw. sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.

Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa sajatugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan yang beradab. Begitulah dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkanterdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adab sopan yang mulia.” Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan teratur malah perempuan Kristian itu juga yang menagku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu sudah TERPUKUL dengan penuh kehinaandan dalam keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu. Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri.

Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak yang lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan dunia pembelajaran, Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat faedah daripada ilmunya. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol dan berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadiannya yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang di kasihi-Nya. Amin. Firman Allaw swt. dalam Surah Al-Baqarah ayat 146: ”Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya.”

GLOSARI
Perjanjian Lama
Genesis = Kejadian
Exodus = Keluaran
Judges = Hakim-hakim
Chronicles = Tawarikh
Jonah = Yunus Perjanjian Baru
Mathew = Matius
Mark = Markus
Luke = Lukas
Johan = Yoh, Yohanes
Acts = Kisah Para Rasul
Galatians = Galatia
Peter = Petrus
Paul = Paulus
Jude = Yudas

Sumber:#harakah











SubscribeLanggan newsletter kami secara PERCUMA dan dapatkan makluman kemaskini terkini terus ke email anda!














Pages
Boycott ISRAELiansSs! Novel Isabella Wanita Dicintai IBLIS! اذان اصل الصلاة حلال و حرام من أنا؟
Kategori
Artikel (20) Cerpen Istimewa (14) English Poems (8) Healthy Lifestyle (2) Islamic Religion (6) Kata-kata Oteh (1) Kisah & Teladan (6) Kisah Seram (6) Komik Pilihan (10) La Tahzan (3) Maghfirah (17) Medical Update (4) Mutiara Kata (15) News (3) Pesan Nenek (4) Read & Think (6) Renungan (50) Sajak Islami (1) Sembang2 Remaja (22) The Great Women (3) Tokoh Muda (1) Untuk Jejaka (18) Untuk Pengetahuan Anda (58) Untuk Wanita (55)
Posting Terkini
Kebesaran ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala Kenangan Lalu Tidak Mungkin Ku Lupakan Salam 1431H. ((: How the Malays Stereotype? (: Apa nak jadi?? Ya nabiyyallah, safiyyallah, waliyyallah, Muhammad. (: The Most Beautiful Girl. O’ ALLAHU RABBI… Apabila ALLAH bersama-Mu, .s.a.l.a.m.


Pelawat Sedang Online
6 Users OnlineUsers: 6 Guests, 1 Bot
World of BlogLog

No comments:

Post a Comment