Pages

Wednesday, January 27, 2010

Kisah Seram

Orang Jual Keropok?? Jangan Buka Pintu!!!
By Muslimah on January 29th, 2009 | 14 Comments
Bismillah…

Assalammu’alaikum pembaca rediesh yang dihormati. Semoga kita semua dalam naungan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Selawat keatas junjungan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.



Pada hari Selasa, 27-Jan-2009 @ 16:11 PM, makmas (Cik Masitha – adik kepada “mama” saya) telah menghantar sebuah SMS yang tidak diduga. Walaupun seringkali SMS seperti ini singgah ke dalam inbox, saya akan biarkan sahaja ia terus menjadi hiasan inbox saya ataupun saya akan terus delete’nya. Pada pertama kali saya membaca, tiada reaksi yang menyeramkan diri saya. Tetapi entah mengapa saya membaca SMS ini sampai 3 kali. Masuk kali ketiga, meremang juga bulu roma ni. Anda ingin tahu SMS apa yang diterima saya itu?

Daripada Cik Ilah (sahabat makmas saya) kalau waktu malam, ada orang jual keropok, jangan dibuka pintunya. Dia akan bawa “Kak Pon” dengannya. AWAS! Ni bukan kes main-main. Betul-betul punya. Ramai orang dah terkena. PERINGATAN: Penyapu lidi, paku karat terpakai letakkan di belakang pintu rumah.

Wallahu ‘alam bisowob. Antara ia benar mahupun tidak hanya ALLAH sahaja yang tahu. Apabila saya menunjukkan SMS ini kepada mama saya, beliau mengatakan bahawa ini semua satu pembohongan. Atau mungkin sekadar *menakut-nakutkan* orang. Tetapi saya teringat akan kata-kata seorang ustaz yang pernah saya menuntut ilmu dengannya. Beliau mempunyai seorang sahabat yang menerima sebuah SMS yang luar biasa. SMS itu merupakan bacaan mantera-mantera. Lalu si dia membacanya tanpa mengetahui apa-apa. Mungkin pada dasarnya, dia memikir itu sekadar untuk gelak ketawa sahaja. Namun setelah membaca kesemuanya, dia jatuh pengsan dan tiba-tiba tidak menyedarkan diri. Dan saya diberitahu bahawa dia dirasuk Syaitan. Wallahu ‘alam. Kerana itu yang telah diceritakan oleh ustaz saya. Yang selebihnya hanya ALLAH sahaja yang berhak Mengetahui.

Kesimpulannya di sini, apakah SMS yang diterima makmas saya itu satu kebenaran atau satu kepalsuan?? Apa pendapat anda?? Pernahkah antara kamu semua terjebak dalam hal sebegini rupa?

Sekiranya pada malam tersebut memang benar wujudnya seorang nenek membawa keropok untuk dijual, apakah anda masih tidak membuka pintu?? Sekiranya dia seorang yang benar-benar dalam kesusahan, apakah anda masih takut dan mempercayai SMS yang telah saya katakan itu?? Tetapi… sekiranya niat anda ikhlas ingin membantu, dan tiba-tiba nenek itu berubah menjadi si “Kakak Cantik” itu, bagaimana pula yer? Urm… Any comment??


Tempat-tempat yang ‘Keras’
By Muslimah on June 8th, 2008 | No Comments
Ramai peminat setia ruangan ini meminta agar ditunjukkan tempat-tempat yang ‘keras’ (berhantu) dan menyeramkan di Singapura ini. Kenapa? Entahlah. Barangkali mereka merancang untuk ke tempat-tempat tersebut dan merasa atau berdepan sendiri dengan makhluk-makhluk halus yang dikatakan berkeliaran di situ.

Walaupun negara kita sudah mencapai pembangunan sebagai sebuah kosmopolitan yang maju, kita tidak sunyi daripada cerita-cerita misteri sekitar makhluk halus.

Misalnya, cerita mengenai cahaya misteri di sebuah sekolah di Hougang pada malam hari, pocong di lorong sunyi dari penghujung rel stesen MRT Pasir Ris menuju ke Pasir Ris Park dan hantu yang muncul entah dari mana dan meminta makanan di pantai dekat Lorong Halus dan bermacam-macam lagi.

Berikut ini adalah antara tempat-tempat yang dikatakan ‘keras’.





HOSPITAL LAMA CHANGI

Sebelum ditutup dan dikosongkan tidak lama dahulu, kawasan bangunan hospital peninggalan zaman penjajahan British ini cukup terkenal kerana pelbagai penemuan yang menyeramkan oleh pelbagai orang yang berjalan di situ pada waktu malam. Tanyalah kepada orang yang pernah bekerja di situ.

PERKUBURAN BIDADARI

Semua kubur Islam, Kristian dan lain-lain dalam kawasan perkuburan lama dekat Mount Vernon ini sudah pun dibongkar dan dipindahkan. Bagaimanapun, tempat yang sekarang kelihatan seperti sebuah taman yang luas ini dikatakan masih “keras”. Ada pemandu teksi yang bercerita bahawa mereka pernah melihat bayang-bayang yang menyeramkan ketika berlalu di situ pada waktu malam.

PANTAI EAST COAST

Kalau anda betul-betul ingin tahu sama ada tempat ini berpuaka atau tidak, selepas pukul 12 malam nanti cubalah berjalan kaki sendirian dari kawasan pantai tidak jauh daripada bekas tapak Big Splash menuju ke arah kawasan tambak berdekatan Fort Road. Jangan pengsan kalau ada ’sesuatu’ berjalan di sebelah atau di belakang anda! Ooiiii! Seramnya! Kemudian, lain malam anda cuba pula berjalan kaki sendirian di pantai dari pusat makanan Lagoon ke arah Lapangan Terbang Changi. Di penghujung pantai, silalah duduk di situ. Kalau anda sendirian… mungkin ada yang ‘menemani’ anda. Kalau anda berdua-duaan, barangkali akan ada ‘pihak’ ketiga datang menemani. Toloooooonnnggg!

OLIVE ROAD

Jalan kecik di Bukit Caldecott antara simpang Joan Road dengan bekas tapak bangunan lama auditorium Radio Singapura ini cukup sunyi dan ‘keras’. Seorang kenalan yang memandu keretanya di situ pada 2 pagi pernah ‘ditumpangi’ Cik Pon. Satu lagi kawasan di situ yang ‘keras’ ialah Joan Road antara simpang Olive Road menghala ke Lornie Road.

TAMPINES

Lorong pejalan kaki di belakang kolam renang menujuk ke Tampines Central Park ini cukup gelap dan sunyi pada waktu malam. Beberapa orang penduduk pernah bercerita bahawa bulu roma pasti meremang kalau berlalu di situ selepas 12 malam.

TANAH PERKUBURAN MOUNT PLEASANT

Tempat ini paling ditakuti pemandu-pemandu teksi. Orang kata, tempat ini ’sarang’ pontianak. Ada pemandu teksi menceritakan bahawa beliau pernah menurunkan seorang penumpangnya di situ, tetapi wang yang diberikan oleh penumpang tersebut sebagai tambang kemudian bertukar menjadi daun dan bunga-bungaan.





PANTAI PUNGGOL

Orang-orang yang pernah ke situ pada waktu malam pernah mendengar tangisan meminta tolong. Setelah berkejar ke arah bunyi tangisan itu, mereka tidak menemu sesiapa – hanya pantai yang lengang dan gelap gelita. Menurut cerita orang tua-tua, ramai anggota masyarakat Cina telah dibunuh tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua – Taurus Sitara


Rambut Orang?!
By Muslimah on January 1st, 2008 | 21 Comments

Nama saya Siti Mariam, berusia 24 tahun. Kisah ini bermula selepas saya menyambung rambut saya untuk penampilan yang lebih menarik. Orang kata, perempuan akan kelihatan lebih seksi kalau berambut panjang.

Sekitar Mac, saya telah ke sebuah salon (tak usahlah saya sebutkan nama salon itu) untuk tujuan tersebut. Saya tahu bahan yang digunakan bukanlah rambut tiruan, tetapi merupakan rambut asli manusia. Memang ketika itu saya tidak memikirkan dari manakah asal rambut yang akan disambung ke rambut saya.

Setelah selesai, saya ke depan cermin untuk melihat wajah saya yang telah berubah dengan pemasangan rambut itu. Setiap kali saya membelai-belai rambut sambungan itu, terasa begitu halus sekali. Entah perasaan saya sendiri aganya, saya lihat wajah di cermin itu seperti bukan wajah saya.

Sebelum pulang saya singgah sebentar di tandas yang terletak beberapa meter saja daripada salon tersebut. Kebetulan waktu itu pukul 9 malam. Keadaan di tandas itu sepi sekali dan saya rasa hanya saya seorang saja berada di tandas itu pada malam tersebut. Tiba-tiba saya mendengar bunyi langkah-langkah sepatu yang menuju ke tandas di sebelah saya. Terdengar suara seorang wanita bersenandung selama di tandas sebelah itu.

Ceria benar wanita itu, fikir saya. Tetapi saya terkejut apabila melihat semua pintu tandas di situ ternganga dan tidak ada sesiapa pun di dalam ataupun di luarnya. Dengan tidak semena-mena, bulu roma saya berdiri. Saya bertanya lagi dalam hati, mungkinkah yang sedang bernyanyi-nyanyi dengan ceria itu bukan manusia?

Saya ketakutan, lalu bergegas pulang menuju ke rumah. “Kenapa Yam? Awak macam orang sedang ketakutan ajer…” tanya suami saya melihat saya melangkah masuk ke flat kami dengan kelam-kabut.

Saya ceritakan segala-galanya kepada suami saya. Beliau kata, itu semua mungkin hanya imajinasi saya, lalu menyarankan supaya saya berdoa banyak-banyak selepas solat malam itu. Selepas melakukan itu semua, ketika saya tidur, saya merasakan ada sesuatu menarik-narik rambut saya. Sewaktu saya membuka selimut…

di hadapan wajah saya kelihatan seorang wanita menatap wajah saya, salin tak tumpah dengan rupa wajah saya di cermin ketika di salon. Saya pun memekik lalu pengsan tak sedarkan diri.

Ketika saya sedar pada 8.10 pagi esoknya, suami saya menyarankan agar saya potong saja rambut yang telah dipakai itu. Pagi itu juga saya gunting rambut saya, lalu masukkan ke sebuah kotak dan dikubur di tanah kosong di bawah blok flat. Selepas itu saya sudah tidak mengalami kejadian yang mengerikan itu lagi. – Oleh SMD


Makhluk Jin ini siang-siang buta dah keluar?
By Muslimah on December 13th, 2007 | 3 Comments
Pada pukul 11+ malam seseorang telah melihat sesuatu berterbangan dari sebuah sekolah berdekatan dan hinggap di sebuah pokok apabila keretanya berhenti di salah satu trafik. Dia telah berjaya memetik gambar ini dengan menggunakan telefon bimbitnya apabila dia menyuruh sedaranya untuk membawa kereta dengan perlahan. Masih tidak percaya dan ingin ambil tahu di mana ia terjadi? Di salah sebuah Blok di Tampines. Selalunya terdapat ramai budak remaja berkumpul di tempat permainan kanak-kanak itu. Namun pada waktu itu, ia kelihatan sepi dan tiada satu pun remaja yang berada di situ. Kejadian ini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini. Maklum sahajalah ia baru juga terjadi pada hari malam Rabu, 21 bulan November tahun ini.



Komen yang diberi oleh si pemetik gambar ini:

No comments:

Post a Comment