Pages

Sunday, October 23, 2011

Amaran kepada pemimpin kuku besi Afrika

MAYAT Gaddafi dan anak lelakinya, Mutassim terlentang di bilik dingin beku di Misrata, semalam.
MAYAT Gaddafi dan anak lelakinya, Mutassim terlentang di bilik dingin beku di Misrata, semalam.
Gaddafi terkenal penentang Barat ditumbangkan rakyat Libya sendiri

TRIPOLI: Selama empat dekad, Muammar Gaddafi berkuasa di Libya dan menyifatkan dirinya seorang pejuang revolusi menentang penjajahan Barat, namun kini yang tinggal hanyalah kisah tragis bekas pemimpin itu.
Kematian beliau bakal membuka lembaran baru kepada rakyat Libya, namun pada masa sama ia menjadi satu amaran kepada beberapa lagi pemimpin kuku besi di Afrika dan Asia Barat, bahawa mereka mungkin menerima nasib seperti Gaddafi jika tidak segera melakukan perubahan.
Gaddafi maut selepas dikatakan ditembak pemberontak di bandar kelahirannya sendiri, Sirte pada Khamis. Rakyat Libya dilaporkan bersorak mendengar khabar kematiannya, sebuah pengakhiran yang disifatkan tragis bagi pemimpin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘raja segala raja” ini.

Laporan terbaru menyatakan bahawa bedah siasat ke atas mayatnya akan dilakukan dalam masa terdekat, manakala anggota keluarga beliau menuntut siasatan terperinci dilakukan mengenai punca kematiannya.

Berdepan dengan wasangka pembunuhan dilakukan kumpulan samseng, arahan ‘tiada siapa di sini membunuh Gaddafi’, tersebar di kalangan pejuang yang menangkap bekas pemimpin Libya itu hidup-hidup Khamis lalu sebelum disahkan maut selepas itu.

Pejuang di ladang di pinggir bandar raya Misrata sedang menjalankan tugas ketika pangkalan briged Al-Ghiran bangga mempamerkan but hitam milik bekas pemimpin itu, selain senjata disadur emas dan skaf.
Lelaki berpangkat kolonel ini berkuasa selepas menggulingkan Raja Idris pada 1969. Ketika itu beliau adalah Kapten Gaddafi yang baru berusia 27 tahun.

Gaddafi sering tampil bergaya, baik ketika berseragam tentera mahupun ketika mengenakan jubah Arab Badwi, darah puak yang mengalir kuat dalam dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan aksesori yang sinonim dengan dirinya, iaitu kaca mata hitam. Begitu juga dengan jururawat dan pengawal peribadinya yang terdiri daripada wanita cantik.

Bekas penasihat undang-undang pemerintah Libya, Saad Djebbar mengatakan bahawa penampilan itu diambil kira Gaddafi untuk mewujudkan kesan pelik dan menarik.

“Bagaimanapun, ketika revolusi Arab, Gaddafi terpencil dari dunia luar,” kata Djebbar.

Ketika berkuasa beliau mengatakan dirinya nasionalis Arab sehingga menarik perhatian Amerika Syarikat. Namun ternyata kebijaksanaan Gaddafi bertentangan dengan Barat. Ini ditegaskan ketika tahun 1972 di mana beliau meminta seluruh umat Islam memerangi Barat.

Tiga tahun selepas itu Gaddafi memperkenalkan Buku Hijau bagi memberi panduan kepada negara membabitkan seluruh sistem politik, ekonomi dan sosial Libya.

Menurut bekas duta besar Britain ke Libya, Oliver Miles, ia adalah peluang kepada Gaddafi. “Beliau menjadi kuasa mutlak. Gaddafi merosak seluruh institusi di Libya sehingga menghapuskan satu sistem kemasyarakatan,” kata Miles.

Gaddafi berusaha menyatukan Mesir, Libya dan Syria pada 1972. Ketika itu Arab menentang Gaddafi dan ada yang menggelarnya sebagai badut.

Menurut pakar Libya di Universiti Dartmouth, Dirk J Candewalle, penolakan Arab dan cita-cita peribadi itu menyebabkan Gaddafi melakukan keganasan pada 1970-an dan 1980-an.

Selepas menggegarkan dunia dengan tindakan ganas dan mengakuinya, Gaddafi berusaha memperbaiki reputasinya. Sejak 2006, beliau memperuntukkan sejumlah AS$3 (RM9.4 juta) setiap tahun bagi strategi perhubungan awam.
Cita-cita beliau menyatukan Arab tetap tidak pernah padam. Pada 2009, Gaddafi menjadi ketua Kesatuan Afrika yang menyatukan 54 anggotanya dan merayu benua miskin Afrika itu menyediakan pelbagai bantuan. – Agensi
Berita Harian Online | Amaran kepada pemimpin kuku besi Afrika:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment