Pages

Wednesday, June 1, 2011

Curiga tak terima bonus

KUALA TERENGGANU: “Kami sekeluarga pernah rasa curiga dengan pelaburan sebelum ini apabila tidak mendapat bonus kira-kira tiga bulan selepas mengeluarkan modal. Namun, kami diyakinkan dengan pelbagai ‘alasan logik’ oleh wakil Ustaz Harun sehingga kami ‘seolah-olah terpukau’ untuk mempercayai.
“Namun, selepas membaca muka depan Harian Metro semalam (kelmarin) yang melaporkan Lebai RM200 juta miliki jet peribadi dan mengecam gambar Ustaz Harun, luluh hati saya dibuatnya apabila menyedari ditipu,” kata seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Fairuz, 23, ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, melihatkan penampilan Ustaz Harun dan orang di sekelilingnya termasuk wakil di setiap daerah yang meyakinkan dengan berperwatakan alim dan mudah didampingi, orang ramai yang mengikuti ceramah syarikat itu seolah-olah terpegun dengannya sehingga mendaftar menjadi ahli.

Katanya, difahamkan Ustaz Harun bukan saja warak, malah bergiat aktif sebagai penceramah agama di sekitar pantai timur sebelum menjalankan perniagaan.

Ustaz Fairuz yang juga guru di sebuah sekolah agama di Kemaman berkata, ibunya, seorang peniaga berusia 55 tahun yang enggan dikenali mula menyertai skim pelaburan di bawah Dina Group Sdn Bhd melalui beberapa anak syarikatnya penghujung 2008 selepas didatangi seorang rakan dan mengikuti ceramah pengenalan sebelum mendaftar sebagai ahli.


“Tertarik dengan pelaburan ditawarkan dan melihat kepada pergerakan anak syarikat yang menjurus kepada pembangunan ekonomi umat Islam, ibu saya menyertai skim pelaburan menerusi tiga anak syarikat Dina Group iaitu Persatuan Kebajikan Ekonomi Rakyat Terengganu (Pererat), Persatuan Kebajikan Ekonomi Kesenian Malaysia (PKEKM) dan Yayasan Awana Rakyat (YAR),” katanya.
myMetro | Curiga tak terima bonus

No comments:

Post a Comment