Pages

Saturday, April 23, 2011

19 mati pusat judi kena bom





SEORANG lelaki dirawat selepas cedera kena letupan di sebuah pusat perjudian di Karachi.
SEORANG lelaki dirawat selepas cedera kena letupan di sebuah pusat perjudian di Karachi.

Belum ada bukti militan bertanggungjawab atas kejadian di Karachi 


KARACHI: Seramai 19 orang terbunuh dan 40 lagi cedera akibat satu letupan bom yang berlaku dalam sebuah pusat perjudian haram di Karachi, bandar pelabuhan selatan Pakistan, semalam.
Belum dapat dipastikan bahawa letupan yang melanda kompleks perjudian terbesar bandar raya itu, Rummy Club adalah satu perbuatan jenayah atau ber-punca daripada tindakan pelampau agama dalam kejadian keganasan terbaru di bandar raya terbabit, kata pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.
“Tiga lagi mati akibat kecederaan di hospital menjadikan angka kematian 19 orang,” kata Sharfuddin Memon, dari kementerian itu sambil menambah bahawa lebih 40 orang mendapat rawatan hospital dengan tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal. 


“Kami menyiasat jika serangan adalah daripada balas dendam antara kumpulan penjenayah atau daripada kumpulan pelampau yang terbabit,” kata Memon. 


Pihak berkuasa hospital Saleem Ahmed mengesahkan angka berkenaan. Bandar raya terbabit menempatkan banyak tempat perjudian yang tidak sah dan jarang menjadi sasaran serbuan polis. 


Polis berkata, bom berkenaan bersaiz kecil, dibuat daripada bahan letupan seberat dua kilogram dan angka kematian tinggi disebabkan dewan perjudian penuh sesak ketika kejadian. 
Karachi adalah pusat ekonomi kepada Pakistan, menempatkan pasaran saham dan kegiatan ekonomi lain. 


Tetapi bandar raya dengan jumlah penduduk seramai 16 juta orang dilanda pembunuhan etnik dan mazhab, jenayah dan penculikan. 


Karachi juga mengalami ketegangan politik membabitkan pesaing antara majoriti penduduk berbahasa Urdu dan etnik Pashtun dari barat laut yang dibelenggu pemberontakan Taliban. 


Kejadian berlaku ketika ketegangan semakin meningkat antara pergerakan Muttahida Qaumi Movement (MQM), yang mewakili masyarakat berbahasa Urdu dan Parti Kebangsaan Awami (ANP), yang disokong penduduk Pashto. 


MQM dan ANP bersekutu dalam pakatan pimpinan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah wilayah Sindh dengan Karachi ibu kotanya. – AFP ,bharian

No comments:

Post a Comment