Pages

Friday, September 30, 2016

Gaun pengantin RM1.3 juta


30 September 2016 12:27 AM

MONTE CARLO 29 Sept. – Sehelai gaun pengantin berharga 242,000 pound (RM1.3 juta) yang dipakai oleh anak pe­rempuan hartawan minyak Chechnya, Elina Bazhaeva menjadi tumpuan para tetamu pada majlis perkahwinannya di Monaco baru-baru ini.

ELINA BAZHAEVA memakai gaun pengantin bernilai RM1.3 juta semasa majlis perkahwinannya di Monte Carlo, Monaco, baru-baru ini. AGENSI
Gaun tersebut yang direka oleh pereka fesyen Lebanon, Zuhair Murad dikatakan dihiasi dengan berjuta-juta batu kristal, manik dan renda.
Zuhair merupakan pereka fesyen yang turut digemari dalam kalangan selebriti seperti Jennifer Lopez. Taylor Swift, Beyonce dan Eva Longoria.
Elina, 21, yang masih menuntut, berkahwin dengan usahawan, Bek Ali Khan Mamakaev, 25, yang juga pemilik empayar Alikhan Mamakaev, syarikat induk kumpulan Kewangan Dorchester dan Alima Cosme­tics serta memiliki bersama beberapa syarikat bapanya.
Pasangan itu bertemu pada Februari lalu dan dua bulan kemudian, Bek Ali Khan telah melamar Elina. Bek Ali Khan yang berkelulusan dari sebuah universiti di London fasih bertutur dalam enam bahasa.
Elina pula merupakan anak hartawan minyak, Musa Baz­haeva, 49, iaitu Presiden Kumpulan OJSC Alliance.
Majlis perkahwinan yang dihadiri oleh 100 tetamu itu diadakan di restoran Le Louis XV di Monte Carlo, Monaco. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gaun-pengantin-rm1-3-juta-1.388787#sthash.XAtQYd0J.dpuf

No comments:

Post a Comment