Pages

Sunday, May 29, 2016

Bila sudah terlalu kaya


Dubai: Imej amat penting di Dubai, termasuk polis yang kini memiliki barisan kereta berkuasa tinggi sama ada kereta sport atau SUV sebagai kereta peronda yang dikumpul sejak beberapa tahun lalu.

Kereta peronda polis itu bukan untuk bertugas mengawal lalu lintas, mengejar pesalah trafik, kemalangan atau mengejar penjenayah sebaliknya hanya sebagai hiasan untuk menggambarkan ‘kehebatan’ polis Dubai.

Leftenan Saif Sultan Rashed al-Shamsi yang mengetuai mengendali pasukan polis pelancong Dubai berkata, kenderaan terbabit untuk acara tertentu di Dubai atau dipandu di kawasan tumpuan pelancong bagi memberi imej glamour polis.

Menurutnya, ia juga antara cara menarik penerimaan orang ramai terhadap polis di negara yang mempunyai ramai pekerja asing.

“Kenderaan itu memang menarik perhatian kerana ada pelancong menghubungi talian kecemasan polis, 999, bertanya di mana kenderaan berkenaan berada kerana mereka mahu bergambar,” katanya.

Leftenan Saif Sultan Rashed al-Shamsi yang mengetuai polis pelancong Dubai bersama BMW i8, antara kereta mewah sebagai kenderaan peronda polis Dubai. - Foto AP
Antara kereta yang digunakan ialah BMW i8 yang pintunya terbuka seperti sayap, berharga kira-kira RM570,000 setiap satu dengan nombor plat 2020 sempena Ekspo Dunia 2020 di Dubai. Ia juga mempunyai Bentley Continental dua pintu, Nissan GTR dan SUV Brabus Mercedes-Benz G63 AMG berharga lebih RM820,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 4:58 PM

Polis wanita Dubai berjalan ke barisan kereta peronda polis yang menggunakan kereta mewah ketika pertunjukan di Dubai. - Foto

No comments:

Post a Comment