Pages

Saturday, May 14, 2016

"2007 OR10" Planet Ketiga Terbesar Dalam Sistem Solar


Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 11:26 AM

NASHVILLE: Ahli saintis mengesahkan planet kerdil yang hanya dikenali sebagai 2007 OR10 adalah salah satu objek terbesar di luar orbit planet Neptune tanpa kita sedari.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), planet tersebut merupakan planet bersaiz kecil yang ketiga terbesar dalam sistem solar.
Misi mencari planet kecil itu merupakan tugas sukar tetapi Teleskop Kepler yang direka untuk mengesan planet baru membantu ahli saintis mengkaji semula saiz planet tersebut.
Saintis turut menggunakan data dari misi Agensi Angkasa Eropah, Herschel.
“2007 OR10” yang berwarna merah berukuran 955-batu dalam diameter, kira-kira satu pertiga saiz planet Pluto.
Para saintis berkata planet itu amat gelap mungkin terlindung apabila matahari dan sistem solar pertama terbentuk.
"2007 OR10" turut disifatkan sebagai sebuah planet yang agak menarik.
Planet itu dianggarkan mempunyai putaran masa lebih panjang iaitu selama 45 jam.
Ia masih belum diberi nama secara rasmi buat masa ini.
Namun difahamkan para saintis yang menemui planet tersebut akan menamakan planet berkenaan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment