Pages

Thursday, March 17, 2016

Denmark negara paling bahagia

Rome: Denmark menduduk tempat pertama senarai negara paling bahagia untuk didiami, mengambil alih kedudukan itu daripada Switzerland, menurut satu laporan yang dikeluarkan semalam.
Laporan yang disediakan Sustainable Development Solutions Network (SDSN) dan Institut Bumi di Universiti Columbia itu juga menyenaraikan Syria, Afghanistan dan lapan negara benua kecil Sahara sebagai tempat paling tidak bahagia untuk diduduki.
Sepuluh negara teratas tahun ini ialah, Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Finland, Kanada, Belanda, New Zealand, Australia, dan Sweden.
Denmark berada di tempat ketiga tahun lalu, di belakang Switzerland dan Iceland.
Negara yang berada di kedudukan 10 ke bawah pula ialah Madagascar, Tanzania, Liberia, Guinea, Rwanda, Benin, Afghanistan, Togo, Syria dan Burundi.
Amerika Syarikat berada di tempat ke-13, United Kingdom, 23, Perancis, 32, dan Itali, 50.
“Ada mesej untuk negara saya, Amerika Syarikat yang kaya dan bertambah kaya sejak 50 tahun lalu, tetapi kebahagiaan semakin merosot,” kata ketua SDSN dan penasihat khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, Profesor Jeffrey Sachs.
Kajian untuk 2016 itu menunjukkan, tiga negara khususnya, Ireland, Iceland dan Jepun, berjaya mengekalkan tahap kebahagiaan mereka walaupun menghadapi pelbagai kejutan seperti krisis ekonomi pasca 2007 dan gempa bumi pada 2011, kerana sokongan sosial dan perpaduan rakyat.
Sachs berkata, Costa Rica yang berada di tempat ke-14, dan mengatasi banyak negara lebih kaya, adalah contoh terbaik dengan masyarakat yang bahagia walaupun negara itu tidak kaya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 10:58 AM


COPENHAGEN, ibu negara Denmark.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123360#sthash.QhJRr3Kz.dpuf

No comments:

Post a Comment