Pages

Thursday, February 11, 2016

Warga British jual 'udara' sebotol RM480

Warga British jual 'udara' sebotol RM480

10 FEBRUARI 2016

 LONDON - BRITAIN. Seorang usahawan dari Britain mengaku meraih pendapatan beribu dolar selepas menjual botol mengandungi udara kepada China.
Menurut laporan CNN, Leo De Watts, 27, meletakkan harga AS$115 (RM479.10) untuk sebotol udara yang diambil di Britain sebelum mengeksportnya ke China.
Sejak syarikatnya, Aethaer ditubuhkan tahun lepas, beribu-ribu botol telah digunakan untuk 'memerangkap' udara di sekitar Britain, termasuk di Dorset, Somerset dan Wales.
"Kami juga mempunyai pelanggan yang memesan udara dari tempat yang spesifik (di Britain)," kata Leo.
Kata Leo, sebotol udara hanya tahan beberapa saat selepas dibuka.
"Untuk sebab itu juga, ada beberapa pelanggan yang menjadikan botol udara kami sebagai 'hadiah sentimental' dan menyimpan mereka di rumah, tanpa dibuka.
"Udara yang kami perangkap juga adalah 'cool air'. Iaitu lebih segar dari udara yang diambil dari tempat yang panas," jelas Leo lagi.
Disember lepas, China mengeluarkan amaran merbahaya selepas tahap kuliti udaranya jatuh teruk.
Terbukti ianya peluang baik untuk usahawan seperti Leo untuk menggunakan peluang berkenaan sebagai 'modal perniagaan'
.

1 comment:

  1. Mencari cara untuk menambahkan pendapatan bulanan anda?ini caranya,anda tidak perlukan modal,anda tidak perlu keluar rumah.janji anda mempunyai internet di rumah sudah bagus..KLIK LINK DISINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943

    ReplyDelete