Pages

Thursday, February 11, 2016

Pesawat terbesar dunia sedia untuk berlepas



PESAWAT ini mampu mengisi gas helium bersamaan 15 buah kolam renang bersaiz Olimpik. - AGENSI


BEDFORDSHIRE, Britain – Sebuah pesawat terbesar di dunia di sini bakal menjalani penerbangan sulungnya bulan depan selepas tiga tahun dibaik pulih.
Pada mulanya, pesawat Airlander 10 itu dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek tentera Amerika Syarikat (AS) tetapi terbengkalai pada tahun 2012.
Projek tersebut kemudian diambil alih oleh sebuah syarikat di Britain, Hybrid Air Vehicles untuk dijadikan pesawat penerbangan perniagaan dan percutian yang dibaiki di hangar lapangan terbang di Cardington.


SELEPAS mengambil masa selama tiga tahun untuk dibaik pulih, pesawat terbesar di dunia ini bakal beroperasi bulan depan. - AGENSI


Pesawat itu mempunyai kepanjangan 93 meter dengan tangki yang boleh diisi dengan kapasiti 396,000 meter kubik helium iaitu satu jumlah yang cukup untuk memenuhi 15 buah kolam renang bersaiz Olimpik.
Dibina dengan kos sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.57 bilion), Airlander 10 menewaskan saiz pesawat Airbus A380 dengan tujuan pembinaannya adalah untuk mencabar program pesawat Zeppelin yang dihasilkan oleh Jerman sekitar 1930-an.
“Kami membina pesawat yang kurang bunyi, pencemaran, kesan karbon yang rendah dan mempunyai daya tahan lebih lama dan kapasiti kargo yang dibawa lebih baik berbanding pesawat lain,” kata Pengarah Teknikal Hybrid Air Vehicles, Mike Durham. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3zoSGTViF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment