Pages

Monday, January 4, 2016

Terakhir dan terawal

San Diego: Beza umur pasangan kembar ini hanya dua minit, tetapi mereka akan menyambut hari jadi masing-masing pada tahun berbeza.
Jaelyn Valencia dilahirkan pada jam 11.59 malam 31 Disember 2015 kepada pasangan Maribel dan Luis Valencia. Adiknya, Luis Valencia Jr pula lahir pada jam 12.01 pagi 1 Januari 2016.
Valencia berkata, dia dan isteri menjangka mereka akan berdepan dengan masalah pada masa depan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran kedua-dua anak itu.
Namun, katanya, mereka bersyukur ketika ini kerana kedua-dua kanak-kanak itu sihat.
Menurut Maribel, dia sepatutnya menjalani Caesarean pada 6 Januari depan, tetapi dimaklumkan Khamis lalu bahawa dia terpaksa melahirkan kandungannya secepat mungkin kerana berdepan dengan komplikasi.
“Saya hanya memerhatikan jam dengan harapan anak saya menjadi bayi pertama 2016 di negara ini. Tetapi Jaelyn keluar dulu, seminit sebelum 2016, menjadikan dia bayi terakhir dilahirkan di wilayah San Diego pada 2015.
“Luis Jr pula mungkin bayi pertama dilahirkan pada 2016,” kata Maribel kepada NBC San Diego. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 8:46 AM


MARIBEL bersama anak kembarnya Jaelyn (kiri) dan Luis Valencia Jr.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104698#sthash.Ir7v4UNB.dpuf

No comments:

Post a Comment