Pages

Saturday, January 2, 2016

Nadine robot paling menyerupai manusia



ROBOT ini boleh mengenali pengunjung dan berbual dengan manusia. - AGENSI


SINGAPURA – Sepasukan saintis diketuai oleh Profesor Nadia Thalmann dari Universiti Teknologi Nanyang di sini telah membina sebuah robot yang didakwa paling menyerupai manusia.
Dinamakan Nadine, robot itu menyerupai seorang wanita dan bertugas sebagai penyambut tetamu di universiti berkenaan.
Nadine yang berkulit licin dan memiliki rambut berwarna coklat bukan sahaja menyapa tetamu, malah dia turut bertentang mata, tersenyum dan berjabat tangan dengan setiap pengunjung.
Robot itu juga boleh mengenali pengunjung yang datang semula ke pusat pengajian tinggi tersebut.
Beberapa saintis meramalkan robot yang menyerupai manusia itu akan digunakan untuk menjaga anak dan bertindak sebagai rakan kepada warga emas yang kesunyian pada masa hadapan.
Berbeza dengan robot lain, Nadine memiliki personaliti, perasaan dan emosi. Robot itu boleh memberi ekspresi gembira atau sedih bergantung kepada topik yang dibincangkan.
“Ketika negara di seluruh dunia berhadapan penduduk yang semakin tua, robot sosial boleh menangani tenaga kerja yang semakin mengecil, menjadi sahabat kepada kanak-kanak dan warga tua di rumah dan platform untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan pada masa depan,” kata Thalmann. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3w2h4mSdO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment