Pages

Friday, January 15, 2016

Lelaki jual sperma miliki lebih 800 anak



WATSON (kiri) bersama dua anaknya, Thomas dan Lily.- AGENSI


BEDFORDSHIRE, Britain – Seorang lelaki mendakwa menjadi penderma sperma paling banyak di Britain. Simont Watson berkata, dia ialah bapa kepada 800 orang anak selepas menjual spermanya pada harga £50 (RM320) untuk satu picagari sperma.
Watson, 41, yang mendermakan spermanya selama 16 tahun dipercayai menjadi bapa kepada beratus-ratus kanak-kanak dengan sekurang-kurang seorang bayinya dilahirkan pada setiap minggu. Terkini, Watson mengiklankan perkhidmatannya, magic potion di Facebook dan laman jual beli internet lain.
“Saya mahu mencatat rekod dunia, pastikan tiada orang lain cuba memecahkan rekod ini.
“Seorang bayi saya dilahirkan pada setiap minggu, jadi saya memiliki kira-kira 800 bayi setakat ini. Dalam masa empat tahun lagi, saya akan mencapai angka 1,000 orang anak, jika saya mampu,” ujarnya.
Menurutnya, dia memberikan satu picagari sperma bersama bekas kepada pembeli dan membiarkan mereka mengambil langkah seterusnya.
Watson yang mempunyai dua anak lelaki berusia 19 dan 17 tahun daripada perkahwinan pertamanya dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun selepas berkahwin kali kedua, mula menderma sperma selepas bercerai dengan isteri pertamanya kerana mahu memiliki anak yang ramai. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3xHn7WNYd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment