Moshe Kai Cavalin
BOSTON 2 Dis. – Remaja sering kali keliru dalam memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Namun, Moshe Kai Cavalin, 17, membuktikan dia boleh berjaya pada usia muda apabila memiliki dua ijazah, menerbitkan dua buah buku, memiliki lesen memandu pesawat dan bekerja untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Pada seawal usia lapan tahun, Cavalin belajar di Kolej Timur Los Angeles, sekali gus menjadi pelajar kolej paling muda di Amerika Syarikat.
Remaja itu menamatkan pengajian pada usia sembilan tahun dengan 4.0 GPA, dan menulis autobiografi pada tahun yang sama.
Pada usia 15 tahun, Cavalin menerima ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dari Universiti California.
Lebih mengagumkan, remaja itu kini sebenarnya telah bersiap sedia untuk memiliki ijazah yang ketiga pada tahun ini, iaitu sarjana dalam keselamatan siber di Universiti Brandeis di Boston.
Bagaimanapun, dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut untuk seketika bagi membolehkan dia bekerja dengan NASA.
Cavalin kini membantu agensi angkasa tersebut membangunkan sistem teknologi pengawasan pesawat dan pesawat tanpa juruterbang.
Bukan itu sahaja, pada usia sembilan hingga 17 tahun, dia menerbitkan buku kedua mengenai pengalaman dirinya dibuli.
Remaja itu juga turut belajar menerbangkan pesawat dan merancang untuk mendapatkan lesen memandu pesawat pada akhir tahun ini.
Pada masa yang sama, dia turut mendalami ilmu seni mempertahankan diri selain memenangi berbelas trofi dan pingat dalam beberapa perlawanan.
Kenapa la tn presdeng kita tak cerdik cam budak neh?
ReplyDelete