Pages

Saturday, December 19, 2015

Jumpa ketulan emas bernilai AS$3.7 juta



SATU ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta. - AGENSI


SYDNEY, Australia – Satu ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) ditemui semula selepas tersimpan di dalam sebuah kotak wiket untuk menyimpan permainan kriket selama bertahun-tahun.
Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird mendedahkan bagaimana turutan kejadian pelik yang menyebabkan ketulan emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu ‘tersorok’ di depan mata.
“Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur,” jelas Baird.
Emas itu ditemui selepas seorang kakitangan jabatan berkenaan membuat keputusan untuk membuka kotak tersebut dan terperanjat apabila menemui ketulan emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu.
Baird telah meminjamkan ketulan emas itu kepada Muzium Australia di Sydney Selasa lalu untuk pameran selama empat hari di samping mengarahkan jabatan perbendaharaan tersebut membuka semua kotak dalam simpanan mereka.
Ketulan emas itu pada asalnya dibeli Jabatan Perlombongan New South Wales pada tahun ia ditemui dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangan perlombongan emas abad ke-19. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3uiIW09DN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment