Pages

Wednesday, December 2, 2015

34 tahun guna beg plastik sama

Wrexham (Wales Utara): Seorang pesara masih menyimpan dan menggunakan beg plastik pasar raya Tesco sejak mula memperolehnya pada 1981.
Martin McCaskie, 72, menganggarkan, dia menggunakan beg plastik itu lebih 2,000 kali sepanjang tempoh itu.
“Saya sentiasa melipatnya dengan baik dan menyimpannya di dalam saku kerana yakin saya pasti menggunakannya.
“Beg plastik itu terbukti amat berguna lebih-lebih lagi selepas pasar raya berkenaan mengenakan bayaran untuk setiap beg plastik empat tahun lalu,” kata bekas juruteknik pemprosesan itu.
Menurutnya, dia berpegang kepada konsep ‘tidak membazir.’
Bagaimanapun, itu bukannya satu-satu beg plastik lama yang masih di simpanannya.
“Banyak beg plastik yang saya simpan dan ini antara yang paling lama,” McCaskie berkata, mengenai beg plastik Tesco yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan pasaraya berkenaan.
Anaknya Helen berkata, beg plastik yang sudah berusia 34 tahun itu masih dalam keadaan baik, kecuali berlubang kecil.
Menurut McCaskie, beg plastik lama lebih tahan kerana lebih tebal berbanding yang ada sekarang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 8:40 AM


MCCASKIE menunjukkan beg plastik lama (kanan) dengan yang baru (kiri).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97048#sthash.xrcnhCqP.dpuf

1 comment:

  1. Saya juga pernah lihat perkara ni. Mak saya pernah simpan barang dalam plastik supermarket "SUPER RAKYAT" tahun 80an dan disimpan dalam stor... beberapa tahun dulu dilihat ketika punggah stor dilihat plastik masih kukuh dan barang di dalam masih elok cuma plastik diselaputi habuk.

    Beg plastik dulu dibuat untuk kukuh selama2nya tapi susah nak lupus. Beg plastik sekarang dibuat mesra alam supaya mudah dilupuskan dalam tempoh singkat.

    ReplyDelete