Pages

Monday, October 5, 2015

Nasib suami pendek


Riyadh: Seorang wanita membuktikan ketinggian amat penting dalam rumah tangga apabila dia memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya yang pendek.

Wanita berusia 20-an itu memberitahu pejabat kadi di Al-Qatif, bandar di Wilayah Timur, dia mahu bercerai daripada suaminya yang dikahwini tujuh bulan lalu atas alasan tidak tahan diejek dan tidak sanggup melihat orang ramai terkejut setiap kali melihat mereka berjalan bersama kerana si suami terlalu pendek berbanding dirinya.

Menurutnya, dia rasa terhina setiap kali melihat orang ramai memerhatikan dia dan suaminya, lapor akhbar tempatan Okaz.

Ketua pejabat kadi Sheikh Mohammad Al-Jirani berkata, kes itu adalah antara paling ganjil pernah dihadapi pejabat berkenaan.

Kebanyakan pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu dengan berkata, dia tidak sepatutnya menerima lamaran lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong wanita itu dengan mendakwa dia mungkin menderita sepanjang hayat jika tidak bercerai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82407#sthash.kx9KTLIq.dpuf

No comments:

Post a Comment