Pages

Monday, September 28, 2015

Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan


27 SEPTEMBER 2015Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan
Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan Gambaran menunjukkan bahagian wajah yang akan disentuh oleh si peraba wajah.

RAMAI tidak tahu bahawa wujud pekerjaan sebagai ‘peraba wajah' atau sensory scientist. Di negara barat jawatan ini telah lama wujud.

Untuk sesiapa yang berminat bagi bekerja di lapangan ini seseorang itu perlulah mempunyai daya tahan yang tinggi, berdisiplin dan semestinya memiliki jari tangan yang sensitif dan mereka perlulah berumur antara 20 tahun sehingga 35 tahun.

Sementara dari sudut gaji pula seseorang peraba wajah dibayar sehingga RM106 sejam, lumayan bukan!

Memetik laporan majalah kesihatan Eropah, menjelaskan bahawa jawatan peraba wajah adalah sangat penting dalam industri penjagaan peribadi seperti pencuci muka, losyen, sabun, pisau cukur dan sebagainya yang melibatkan produk dan kulit. Tugas mereka adalah merasa wajah dengan jari yang sensitif keadaan wajah penguji selepas menggunakan produk baharu sesebuah syarikat sebelum dipasarkan.

Untuk makluman, seandainya wajah penguji kasar selepas mencuba produk tersebut, bermakna produk itu masih perlu dikaji sehinggalah ia benar-benar 'ok' dan menepati piawaian yang dikehendaki oleh syarikat tersebut, dan di sinilah kemahiran dituntut kepada peraba wajah untuk memastikan muka si penguji wajah terus menerus lembut, bagi 'mengiayakan' sesuatu produk.

Menurut peraba wajah profesional Pusat Analisis Deria, Universiti State Kansas, Anice Robel, untuk menguji keberkesanan sesuatu produk itu, dia akan menyentuh diseluruh kawasan wajah termasuk bibir, hidung, pipi dan leher dan seterusnya dia akan menilai sentuhan itu dan langkah seterusnya ialah memberi markah kepada berkesan atau kasar.

Selain itu, Robel turut 'merasai' sesuatu selain wajah manusia, Robel turut merasai kusyen kereta, bulu berus gigi dan barang-barang lain sebelum sesuatu produk itu dipasarkan.

Menurut kajian, syarikat produk antarabangsa akan memastikan beberapa orang peraba wajah profesional diambil untuk bekerja dengan pihak mereka dan oleh itu tidak hairanlah produk antarabangsa selalu menjadi pilihan masyarakat dunia, dek kerana keberkesanan si peraba wajah dalam memastikan sesuatu produk antarabangsa itu lulus untuk digunakan atau tidak.

No comments:

Post a Comment