Pages

Thursday, September 24, 2015

Model bikini kudung kaki dapat bayaran RM4,500 sehari


AGENSI - WALAUPUN kedua-dua kakinya kudung, wanita itu mampu melonjak dalam dunia peragaan.


LOS ANGELES – Seorang model berusia 23 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang kudung kedua-dua kakinya, Kanya Sesser mampu meraih pendapatan lebih AS$1,000 (RM4,500) sehari hanya dengan memperagakan pakaian dalam wanita.
Sesser yang cacat anggota badan sejak lahir berkata, dia mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 15 tahun.
Dia seterusnya menerima tawaran daripada pelbagai jenama pakaian sukan terkenal seperti Billabong. Sesser juga diminta untuk menjadi model pakaian dalam dan bikini. Kegigihannya menjadi bukti kepada masyarakat bahawa orang kelainan upaya mampu melakar kejayaan sebagai model.
Selain terlibat dalam bidang peragaan, Sesser kini menjalani latihan untuk menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.
“Saya dahulunya memperagakan pakaian atlet, namun apabila usia saya semakin meningkat, saya berminat menjadi model pakaian dalam wanita.
“Saya seorang model seksi yang berbeza, saya tidak memerlukan kaki untuk kelihatan seksi.
“Saya seronok menjana pendapatan lumayan menerusi bidang ini. Saya gemar menunjukkan kepada orang ramai tentang kecantikan sebenar. Gambar-gambar yang dirakam itu sebenarnya menunjukkan kekuatan diri saya,” tambahnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3mbOjzdBx 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment