Pages

Saturday, September 5, 2015

Makan Makanan Mesin Layan Diri Setelah Dipindahkan Majlis Perbandaran


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 10:40 AM
Keluarga tanpa tempat tinggal berkata mereka terpaksa makan makanan ringan di Travelodge ini setelah diusir keluar dari kediaman tiga bilik mereka. -foto SWNS

SEBUAH keluarga yang kehilangan tempat tinggal berkata, mereka terpaksa bergantung dengan mesin makanan layan diri selama sembilan hari selepas dipindahkan ke sebuah hotel bajet oleh majlis perbandaran.

Gina dan Peter Dougan serta tiga anak mereka yang berusia 11, tujuh dan lima tahun, dipindahkan ke hotel bajet selepas diusir dari rumah tiga bilik tidur mereka.

Pasangan itu merayu kepada Majlis Perbandaran Milton Keynes untuk meletakkan mereka di kawasan tempatan tetapi mereka sebaliknya telah dipindahkan ke sebuah Travelodge di pinggir Cambridge, sejauh 45 batu.

Mereka berkata kedai makanan yang terdekat adalah lapan batu dari tempat mereka dan kerana tidak mempunyai pengangkutan dan tidak mampu membayar teksi, mereka hanya makan makanan ringan dari mesin layan diri.

Kini mereka diberitahu bahawa mereka akan dipindahkan lagi ke sebuah Travelodge lain di Lapangan Terbang Birmingham, 70 batu dari Cambridge.

Isteri Dougan berkata: "Saya tidak berhenti menangis. Belanja untuk perjalanan ke stesen perkhidmatan di A14 dengan teksi adalah £33 jadi kami terpaksa makan makanan yang ada di mesin layan diri.

"Anak-anak saya jatuh sakit kerana mereka begitu lapar. Ini adalah keterlaluan."


Katanya anak-anaknya terpaksa tinggal dengan rakan-rakan pada hujung minggu supaya mereka mempunyai tempat untuk berteduh sebelum perpindahan seterusnya.

Dia menambah: "Majlis perbandaran seolah-olah tidak mempunyai sebarang belas kasihan - mereka berkeras.

"Sekarang kami perlu pergi ke Birmingham tetapi anak-anak perlu kembali ke sekolah. Bagaimana kami mahu berdepan dengan keadaan ini?

Majlis Perbandaran Milton Keynes  menghadapi krisis perumahan dengan 148 keluarga (kira-kira 400 orang) kini menginap di hotel-hotel bajet, asrama yang terletak dikawasan jauh seperti Stansted, Reading dan Cambridge.

Jurucakap Majlis menjelaskan: "Kami sedang bercakap dengan Ms Dougan dan sedang berusaha untuk meletakkan keluarganya di tempat dekat secepat yang mungkin.

"Kami menghargai dan memahami keadaan dan ini bukanlah keadaan yang kita mahu untuk penduduk di Milton Keynes.

"Kami mahu meletakkan mereka di penempatan tempatan dan mengalu-alukan mana-mana tuan-tuan tanah yang ingin tampil dan bekerjasama dengan kami untuk menawarkan penginapan tempatan."

No comments:

Post a Comment