Pages

Saturday, September 5, 2015

Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut

Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat terkena besi panas.
Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan tayar lorinya pada bulan lalu.
Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian berjemur di tengah panas terik matahari.
“Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.
Menurutnya, ketika sampai di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu parah.
Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.
Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan.
“Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi membantunya sembuh.
“Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum dikeluarkan,” katanya.
Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki berkenaan kini menjalani pemulihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:12 AM


KEADAAN tangan Hernandes yang dijahit di dalam kulit perutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75292#sthash.A9axHdmO.dpuf

No comments:

Post a Comment