Pages

Sunday, July 5, 2015

Seludup lembu sama seperti rogol gadis Hindu

New Delhi: India melancarkan kempen membanteras kegiatan penyeludupan lembu dengan menyamakan tindakan membunuh seekor binatang itu sama seperti ‘merogol gadis Hindu.’
Seramai 30,000 askar India yang ditempatkan di sempadan dengan Bangladesh kini diberi mandat baru - menyekat lembu daripada di seludup secara haram ke negara jiran yang mempunyai penduruk majoriti beragama Islam.
Penganut Hindu menganggap lembu haiwan suci hingga ke tahap menyembahnya.
Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi yang memenangi pilihan raya dengan bantuan kumpulan pelampau Hindu Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) mahu menamatkan penyeludupan haiwan itu.
Kira-kira dua juta lembu diseludup dari India ke Bangladesh setiap tahun.
“Membunuh atau menyeludup lembu sama dengan merogol gadis Hindu atau memusnahkan kuil Hindu,” kata jurucakap RSS Benggala Barat Jishnu Basu.
Perdagangan lembu seludup dengan Bangladesh berkembang empat tahun lalu dan dianggap sah oleh Dhaka.
Sejak beberapa hari lalu, askar yang bersenjatakan buluh dan tali meredah sawah dan ladang jut serta berenang merentasi kolam untuk menghalang lembu menyeberang ke sempadan Bangladesh.
Kempen itu tanda paling jelas mengenai pengaruh ideologi pelampau Hindu dalam dasar kerajaan India yang diketuai Modi.
Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh yang melawat sempadan itu minggu lalu menggesa pasukan keselamatan meningkatkan kawalan bagi menghalang lembu diseludup dengan berkata: “Kita mahu pastikan rakyat Bangladesh tidak lagi makan daging haiwan suci kita.”
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:34 AM


LEMBU dianggap haiwan suci oleh masyarakat Hindu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62208#sthash.NF63Tpv7.dpuf

No comments:

Post a Comment