Pages

Tuesday, July 21, 2015

Lelaki China cipta kereta masa depan

Chen Yinxi bersama kereta buatannya dalam Pameran Industri Automotif Antarabangsa Hainan 2015 di Hainan pada minggu lepas. Agensi
 BEIJING 19 Julai – Seorang pemuda dari China menjadi tumpuan pada sebuah pertunjukan kereta di China, Pameran Industri Automotif Antarabangsa Hainan 2015 apabila memperkenalkan kereta masa depan yang dibinanya sendiri.
Laman web Oddity Central melaporkan, Chen Yinxi, 27, yang merupakan seorang jurutera automobil mengejutkan orang ramai apabila membina kereta itu seorang diri di rumahnya dengan hanya melibatkan kos sebanyak 30,000 yuan (RM18,267).
Pemuda itu mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kereta itu sebelum memperkenalkannya kepada orang ramai pada pameran tersebut yang diadakan pada minggu lepas.
Yinxi berkata, dia berusaha menyiapkan bahagian luaran kenderaan tersebut menjelang 10 Julai lalu untuk membolehkannya menyertai pameran berkenaan.
Walaupun kereta berwarna merah tersebut dilihat mampu menyaingi kereta mewah seperti Ferrari atau Lamborghini, Yinxi berkata, namun keretanya hanya mampu mencapai kelajuan 60 batu sejam.
“Saya masih perlu menyiapkan bahagian dalaman kereta itu, selain peralatan di bahagian hud,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-china-cipta-kereta-masa-depan-1.114862#sthash.giqgT5NS.dpuf

No comments:

Post a Comment