Pages

Wednesday, July 8, 2015

Hospital bayar pampasan £65,000 kerana rosakkan anak patung pesakit


DUNN bergambar bersama anak patung milik Hearsey yang dirosakkan oleh seorang jururawat di Hospital Walsall Manor. - AGENSI


WALSALL, Britain – Seorang wanita di sini menerima pampasan berjumlah £65,000 (RM385,777) selepas seorang kakitangan hospital merosakkan anak patungnya yang dianggap sebagai anak sendiri.
Susan Hearsey, 64, yang mempunyai masalah pembelajaran akan membawa patung kesayangan dinamakan sebagai Rachel itu ke mana sahaja dia pergi termasuk sentiasa memakaikan patung tersebut dengan pakaian bayi.
Keluarga Hearsey mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati dia menerima layanan buruk ketika dimasukkan ke Hospital Walsall Manor akibat terjatuh pada September 2013.
Mereka mendakwa pekerja perubatan di situ menyeksa anak patung Hearsey di depan matanya kerana wanita berkenaan enggan melakukan sesuatu yang disuruh oleh kakitangan berkenaan.
Mainan yang dikerat-kerat itu ditemui di atas lantai dengan tangan terputus, pakaiannya hilang, kaki rosak dan sebahagian daripada rambutnya tiada sehingga memberikan kesan buruk kepada Hearsey dan keluarganya.
“Saya sangat marah. Saya marah kepada hospital itu kerana mereka menyembunyikan apa yang berlaku, mereka semua tahu apa peranan patung itu kepadanya,” ujar kakak kepada Hearsey, Jane Dunn. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3fFJpjZR2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment