Pages

Tuesday, July 7, 2015

Hidup berdua mati bersama

San Diego: Jeanette dan Alexander Toczko berusia lapan tahun apabila mereka mula berkawan rapat dan 22 tahun kemudian pada 1940, mereka berkahwin dan sejak itu tidak pernah berpisah.
KGTV-TV melaporkan pasangan itu yang berpindah ke San Diego pada awal 1970-an, memberitahu anak-anak bahawa mereka mahu mati bersama dan bulan lalu, beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan ke-75, impian Jeanette dan Alexander tercapai.
Keadaan kesihatan Alexander yang berusia 95 tahun semakin buruk selepas pinggulnya patah menyebabkan dia hanya mampu terbaring. Pada hari kematian mereka, anak-anak membaringkan Jeanette di sebelah suaminya,.
Menurut anak mereka, Aimee Toczko-Cushman, selepas Alexander meninggal dunia, Jeanette berkata: “Tunggu saya, saya juga akan ke sana.”
Mereka meninggalkan Jeanette di samping mayat Alexander dan beberapa jam kemudian, mendapati ibu mereka itu juga meninggal dunia, memeluk suaminya.
Pasangan itu dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Kebangsaan Miramar. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 3:54 PM

Jeanette dan Alexander ketika berkahwin pada 1940. - Foto KGTV-TV/10news.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62447#sthash.CLnoBrVQ.dpuf

No comments:

Post a Comment