Pages

Sunday, July 12, 2015

Anggur dilelong RM31,400

ANGGUR jenis Ruby Roman.
Tokyo: Segugus anggur dilelong pada harga sejuta yen (RM31,400) atau RM1,194 sebiji baru-baru ini.
Harga 26 biji anggur baka Ruby Roman itu paling tinggi dijual di acara lelongan pertama tahun ini di Kanazawa, 300 kilometer ke barat laut Tokyo, mengatasi rekod 550,000 yen (RM17,000) yang dicatatkan tahun lalu.
Berat setiap anggur yang sebesar bola ping pong itu 20 gram, menurut lembaga pertanian tempatan.
Pembida yang membeli anggur itu ialah ketua chef Hotel Nikko di Kanazawa Masayuki Hira.
Ini bukan kali pertama buah dijual dengan harga ribuan ringgit.
Awal tahun ini, sepasang tembikai Yubari dari Hokkaido, utara Jepun, yang dianggap simbol status, dibeli dengan harga 1.5 juta yen (RM45,560).
Sebelum itu, sebuah pusat beli-belah membeli dua mangga yang ditanam di selatan Jepun dan dianggap suci dengan harga 300,000 yen (RM9,300). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 9:28 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63685#sthash.eZObGb2d.dpuf

No comments:

Post a Comment